Berita Jenayah
Belasah dengan batang besi vakum ketika bersiap ke sekolah, suri rumah di Seremban disyaki dera anak angkat OKU
SEREMBAN 8 Julai - Seorang suri rumah ditahan pihak polis selepas disyaki mendera anak angkatnya yang juga orang kurang upaya (OKU) berusia 13 tahun dalam kejadian di Kuala Klawang, Jelebu sejak tahun lalu.
Ketua Polis Daerah Jelebu, Superintendan Azizan Said berkata, wanita berusia 35 tahun itu ditahan pada 16 Jun lalu, susulan laporan yang diterima daripada pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) berdasarkan aduan dihantar melalui e-mel Talian Kasih pada hari yang sama.
“Siasatan awal mendapati mangsa dijaga oleh suspek sejak berusia enam tahun dan merupakan seorang OKU yang menghidap Sindrom Kurang Daya Tumpuan dan Hiperaktif (ADHD).
“Mangsa mendakwa dipukul dan dimaki hamun apabila lambat atau lupa melaksanakan arahan, selain didera menggunakan objek seperti penyangkut baju,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Menurut Azizan, insiden terbaharu berlaku pada 14 Jun lalu apabila mangsa dipukul menggunakan batang besi pembersih vakum ketika sedang bersiap ke sekolah bagi menyertai acara hari sukan.
Akibat kejadian itu, mangsa mengalami lebam di beberapa bahagian badan termasuk siku, pergelangan tangan dan punggung.
Pemeriksaan perubatan di Hospital Jelebu turut mengesahkan wujud kesan kecederaan akibat hentakan objek tumpul berbentuk rod yang dipercayai berlaku dalam tempoh tiga hari sebelum mangsa dirawat.
Jelas Azizan, wanita terbabit yang mempunyai dua anak kandung berusia lima tahun dan tujuh bulan, kini telah dibebaskan dengan jaminan polis.
Kes disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001, manakala pihak berkuasa masih menunggu laporan perubatan penuh bagi menentukan sama ada kecederaan dialami mangsa berpunca daripada penderaan atau disebabkan oleh tingkah laku hiperaktif.
Berita berkaitan
October 31, 2025, 3:01 pm
Konon mahu ubah nasib mangsa, sami dijel 15 tahun rogol remaja dalam kebun sawit
October 6, 2025, 7:09 pm
Polis buka kertas siasatan tatatertib terhadap pegawai dan anggota didakwa tawar sogokan RM500
October 1, 2025, 6:28 pm
Dua lelaki curi beg sekolah dari motosikal di Kluang
October 1, 2025, 12:17 pm
Dua lagi remaja ditahan kes serangan terhadap pemandu Myvi
September 30, 2025, 10:53 am
Sembilan remaja ditahan kes kepung dan serang Myvi di Serdang
September 29, 2025, 8:05 pm
Pemilik syarikat pakej perkahwinan tipu pelanggan lebih RM309,000 ditahan polis
September 29, 2025, 2:41 pm
(VIDEO) Penunggang motosikal cedera dirempuh Myvi pandu melulu di Kajang
September 25, 2025, 9:17 am
(VIDEO) Pemandu E-Hailing pandu melulu, hampir rempuh pejalan kaki ditahan polis
September 24, 2025, 11:27 am
