Berita Jenayah
Dua remaja ditahan curi motosikal, pecah masuk sekolah agama
JOHOR BAHRU 8 Julai – Dua remaja lelaki berusia 15 tahun ditahan polis selepas disyaki terlibat dalam kes curi motosikal dan pecah masuk sebuah sekolah agama di sini.
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, tangkapan dilakukan oleh Unit Rondaan Sektor (URS) Balai Polis Majidee dalam Op Lejang kira-kira jam 1 pagi pada 9 Julai lalu di kawasan Persiaran Southkey.
Menurutnya, kedua-dua suspek dilihat dalam keadaan mencurigakan ketika menolak sebuah motosikal sebelum ditahan. Pemeriksaan lanjut mendapati motosikal terbabit tidak mempunyai kunci pada suis dan masih dilaporkan hilang.
Siasatan awal mendapati salah seorang suspek masih bersekolah manakala seorang lagi tidak bersekolah. Salah seorang daripada mereka turut mempunyai rekod jenayah lampau berkaitan curi motosikal.
Kedua-duanya mengaku menolak motosikal yang dicuri dari kawasan perumahan bertingkat sebelum menyembunyikannya di dalam semak berhampiran dan cuba memindahkannya ke lokasi lain. Mereka juga mengaku terlibat dalam kes pecah masuk sebuah sekolah agama di Johor Bahru yang dilaporkan pada 23 Jun lalu.
Ujian saringan air kencing terhadap kedua-duanya bagaimanapun menunjukkan keputusan negatif dadah.
Kes disiasat di bawah Seksyen 379A Kanun Keseksaan kerana mencuri kenderaan bermotor yang memperuntukkan hukuman penjara antara satu hingga tujuh tahun dan denda. Ia turut disiasat mengikut Seksyen 448 Kanun Keseksaan kerana pencerobohan, yang membawa hukuman penjara sehingga tiga tahun atau denda maksimum RM5,000 atau kedua-duanya sekali.
Kedua-dua remaja terbabit kini direman selama tiga hari sehingga 10 Julai bagi membantu siasatan. Raub menegaskan bahawa pihak polis mengambil serius sebarang bentuk jenayah melibatkan golongan remaja kerana ia boleh menjadi permulaan kepada gejala lebih besar jika tidak dibendung. - Media Telus
Berita berkaitan
October 31, 2025, 3:01 pm
Konon mahu ubah nasib mangsa, sami dijel 15 tahun rogol remaja dalam kebun sawit
October 6, 2025, 7:09 pm
Polis buka kertas siasatan tatatertib terhadap pegawai dan anggota didakwa tawar sogokan RM500
October 1, 2025, 6:28 pm
Dua lelaki curi beg sekolah dari motosikal di Kluang
October 1, 2025, 12:17 pm
Dua lagi remaja ditahan kes serangan terhadap pemandu Myvi
September 30, 2025, 10:53 am
Sembilan remaja ditahan kes kepung dan serang Myvi di Serdang
September 29, 2025, 8:05 pm
Pemilik syarikat pakej perkahwinan tipu pelanggan lebih RM309,000 ditahan polis
September 29, 2025, 2:41 pm
(VIDEO) Penunggang motosikal cedera dirempuh Myvi pandu melulu di Kajang
September 25, 2025, 9:17 am
(VIDEO) Pemandu E-Hailing pandu melulu, hampir rempuh pejalan kaki ditahan polis
September 24, 2025, 11:27 am
