Berita Jenayah
Dua beranak ditahan disyaki bunuh lelaki di Pandan Perdana
AMPANG 8 Julai – Dua beranak diberkas polis kerana disyaki terlibat dalam kes pembunuhan seorang lelaki di Taman Pandan Perdana, di sini, baru-baru ini.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail berkata, kejadian itu terbongkar selepas pihak polis menerima maklumat berhubung kematian mangsa daripada Hospital Kuala Lumpur.
“Pada 22 Jun lalu kira-kira jam 7.16 malam, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya menerima panggilan daripada penolong pegawai perubatan memaklumkan tentang kematian mangsa di lokasi kejadian.
“Siasatan awal dijalankan di tempat kejadian dan kes pada ketika itu diklasifikasikan sebagai laporan kematian mengejut (SDR),” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.
Bagaimanapun, menurutnya, hasil bedah siasat yang dijalankan di Unit Forensik Hospital Ampang pada 23 Jun sekitar jam 3 petang mendapati terdapat unsur jenayah dan siasatan kes diklasifikasikan semula mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Susulan itu, sepasukan anggota polis dari Bahagian Siasatan Jenayah (D9) IPD Ampang Jaya menahan dua suspek lelaki tempatan dalam siri serbuan yang dijalankan antara 26 hingga 28 Jun lalu.
“Kedua-dua suspek adalah anak dan bapa. Suspek pertama berusia 36 tahun dan bekerja sendiri manakala suspek kedua berusia 73 tahun dan tidak bekerja.
“Hasil serbuan turut merampas sebatang rotan buluh dan satu playar boleh laras yang dipercayai digunakan dalam kejadian,” katanya.
Mohd Azam turut memaklumkan bahawa saringan air kencing terhadap kedua-dua suspek didapati negatif dadah dan semakan rekod mendapati mereka tidak mempunyai rekod jenayah lampau.
“Permohonan reman terhadap suspek pertama telah dibenarkan selama 14 hari manakala suspek kedua direman selama 13 hari.
“Siasatan awal mendapati motif kejadian dipercayai berpunca daripada isu melibatkan hutang,” katanya. – Media Telus.
Berita berkaitan
October 31, 2025, 3:01 pm
Konon mahu ubah nasib mangsa, sami dijel 15 tahun rogol remaja dalam kebun sawit
October 6, 2025, 7:09 pm
Polis buka kertas siasatan tatatertib terhadap pegawai dan anggota didakwa tawar sogokan RM500
October 1, 2025, 6:28 pm
Dua lelaki curi beg sekolah dari motosikal di Kluang
October 1, 2025, 12:17 pm
Dua lagi remaja ditahan kes serangan terhadap pemandu Myvi
September 30, 2025, 10:53 am
Sembilan remaja ditahan kes kepung dan serang Myvi di Serdang
September 29, 2025, 8:05 pm
Pemilik syarikat pakej perkahwinan tipu pelanggan lebih RM309,000 ditahan polis
September 29, 2025, 2:41 pm
(VIDEO) Penunggang motosikal cedera dirempuh Myvi pandu melulu di Kajang
September 25, 2025, 9:17 am
(VIDEO) Pemandu E-Hailing pandu melulu, hampir rempuh pejalan kaki ditahan polis
September 24, 2025, 11:27 am
