Berita Berita
Johari Ghani dilantik jalankan tugas Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam berkuat kuasa serta-merta

PUTRAJAYA 11 Julai - Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Johari Abdul Ghani kini diberi mandat untuk menjalankan tugas serta fungsi Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, berkuat kuasa serta-merta.
Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa pelantikan tersebut dipersetujui oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan dimaklumkan dalam mesyuarat Jemaah Menteri pada 9 Julai lalu.
"Perdana Menteri memaklumkan Jemaah Menteri yang bersidang pada 9 Julai 2025 bahawa beliau bersetuju supaya Datuk Seri Johari Abdul Ghani menjalankan tugas dan fungsi sebagai Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam berkuat kuasa serta-merta," katanya.
Terdahulu, portfolio itu dikosongkan susulan peletakan jawatan penyandangnya, Nik Nazmi Nik Ahmad yang menghantar surat perletakan jawatan kepada Perdana Menteri pada 28 Mei lalu, berkuat kuasa 4 Julai.
Pengumuman itu dibuat beberapa jam selepas Datuk Seri Rafizi Ramli turut meletakkan jawatan sebagai Menteri Ekonomi, berkuat kuasa 17 Jun.
Peletakan jawatan kedua-dua pemimpin PKR itu menyusul selepas mereka gagal mempertahankan jawatan masing-masing sebagai Timbalan Presiden dan Naib Presiden dalam pemilihan parti yang berlangsung pada Mei lalu.
Sebelum ini, Kabinet juga bersetuju agar Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, mengambil alih tugas portfolio ekonomi yang ditinggalkan Rafizi.
Amir turut diberi tanggungjawab menyemak semula Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13), yang dijadual dibentangkan di Parlimen pada 31 Julai ini.
Berita berkaitan
July 12, 2025, 2:41 pm
Bapa maut, bayi dalam raga parah nahas motosikal bertembang Myvi di Besut
July 12, 2025, 10:42 am
Polis siasat insiden gaduh sekumpulan lelaki di Sky Avenue Genting Highlands
July 12, 2025, 9:23 am
Bas ekspres bawa 30 penumpang langgar treler di Lebuhraya PLUS
July 12, 2025, 8:57 am
HRD Corp lancar IndSF Semikonduktor pertama di Malaysia, sasar jadi hab bakat global
July 11, 2025, 4:40 pm
Warga emas maut dalam kemalangan babitkan empat kenderaan di Tanjung Laboh
July 11, 2025, 4:34 pm
Titah Adendum Najib bawah proses mahkamah, kerajaan hormat pandangan semua pihak – PM
July 11, 2025, 4:24 pm
Johari, Amir Hamzah jalankan tugas hingga pelantikan baharu – Perdana Menteri
July 11, 2025, 4:16 pm