TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Bapa maut, bayi dalam raga parah nahas motosikal bertembang Myvi di Besut

By
|
Kongsi
image

 

BESUT, 12 Julai – Seorang lelaki maut manakala anak lelakinya yang berusia setahun parah selepas motosikal yang dinaiki mereka bertembung dengan sebuah kereta di Jalan Gong Medang, di sini malam tadi.

Mangsa, Mohd Zulshahriel Mohd Zalfari, 41, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian selepas tercampak ke dalam longkang, manakala anaknya yang diletakkan di dalam bakul motosikal mengalami kecederaan parah selepas terjatuh ke jalan.

Timbalan Ketua Polis Daerah Besut, Deputi Superintendan Md Sani Md Saleh berkata, bayi berkenaan telah dibawa ke Hospital Besut sebelum dirujuk ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di Kuala Terengganu untuk rawatan lanjut.

Menurutnya, polis menerima maklumat mengenai kemalangan membabitkan motosikal jenis Honda EX5 yang ditunggang mangsa bersama anaknya, dan sebuah kereta Perodua Myvi sekitar jam 10 malam.

“Siasatan awal mendapati motosikal yang datang dari arah lorong Atas Gong telah keluar dari simpang dan membelok ke kanan jalan. Pada masa sama, kereta Perodua Myvi yang datang dari arah Tembila ke Kampung Raja tidak sempat mengelak lalu melanggar bahagian belakang motosikal berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian diminta menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Mohd Zulkifli Razak di talian 019-4475767 bagi membantu siasatan. 

 

+ - reset