Berita Berita
Penduduk Malaysia dijangka capai 42.38 juta orang menjelang 2059 – DOSM

PUTRAJAYA 11 Julai – Penduduk Malaysia diramalkan mencapai kemuncak seramai 42.38 juta orang pada tahun 2059, sebelum menunjukkan trend penurunan secara perlahan bermula tahun berikutnya, demikian menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).
Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin berkata, walaupun jumlah penduduk meningkat secara berterusan dari 2020 sehingga 2059, kadar pertumbuhan tahunan dijangka menyusut dengan ketara, daripada 1.7 peratus (2020) kepada hanya 0.1 peratus menjelang 2060.
“Sebagai contoh, pada 2060, penduduk diramal menyusut sedikit kepada 42.37 juta, dan seterusnya 42.08 juta (2065) serta 41.43 juta (2070),” katanya dalam satu kenyataan sempena penerbitan Unjuran Penduduk, Malaysia, 2020–2060 hari ini.
Beliau berkata, unjuran itu turut memperincikan bahawa lima negeri – Kelantan, Pahang, Perak, Terengganu dan Putrajaya – dijangka akan terus mengalami pertambahan penduduk sehingga 2060.
Selangor diramal kekal sebagai negeri paling ramai penduduk dengan 8.10 juta orang, diikuti Johor (4.99 juta) dan Sabah (4.89 juta).
Sementara itu, sembilan negeri dijangka akan mencapai tahap kemuncak penduduk lebih awal daripada Malaysia, antaranya:
-
Kuala Lumpur (2031)
-
Pulau Pinang (2040)
-
Labuan (2041)
-
Selangor (2049)
-
Johor dan Kedah (2052)
-
Negeri Sembilan (2054)
-
Perlis dan Sarawak (2055)
Perubahan Komposisi Kaum dan Nisbah Jantina
Mengulas lanjut, Mohd Uzir berkata, komposisi kaum Bumiputera dijangka mencatat peningkatan ketara kepada 79.4 peratus pada 2060 berbanding 69.4 peratus pada 2020, iaitu peningkatan sebanyak 10.2 mata peratus.
Sebaliknya, kaum Cina dan India dijangka menyusut masing-masing kepada 14.8 peratus (Cina) dan 4.7 peratus (India) menjelang 2060, berbanding 23.2 peratus dan 6.7 peratus pada 2020.
Beliau turut menjelaskan bahawa nisbah jantina akan terus berpihak kepada lelaki, dengan jangkaan 114 lelaki bagi setiap 100 perempuan menjelang 2060, berbanding 110:100 pada tahun 2020.
Unjuran ini diterbitkan bersempena sambutan Hari Penduduk Sedunia 2025, dengan objektif memberi panduan perancangan strategik berkaitan pembangunan sosial dan ekonomi negara. - Media Telus
Berita berkaitan
July 12, 2025, 2:41 pm
Bapa maut, bayi dalam raga parah nahas motosikal bertembang Myvi di Besut
July 12, 2025, 10:42 am
Polis siasat insiden gaduh sekumpulan lelaki di Sky Avenue Genting Highlands
July 12, 2025, 9:23 am
Bas ekspres bawa 30 penumpang langgar treler di Lebuhraya PLUS
July 12, 2025, 8:57 am
HRD Corp lancar IndSF Semikonduktor pertama di Malaysia, sasar jadi hab bakat global
July 11, 2025, 4:40 pm
Warga emas maut dalam kemalangan babitkan empat kenderaan di Tanjung Laboh
July 11, 2025, 4:34 pm
Titah Adendum Najib bawah proses mahkamah, kerajaan hormat pandangan semua pihak – PM
July 11, 2025, 4:24 pm