Berita Berita
Warga emas maut dalam kemalangan babitkan empat kenderaan di Tanjung Laboh

BATU PAHAT 11 Julai – Seorang lelaki warga emas maut dalam kemalangan membabitkan empat buah kenderaan di Kilometer 122, Jalan Johor Bahru–Melaka berhampiran Tanjung Laboh, di sini petang semalam.
Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Shahrulanuar Mushaddat Abdullah Sani berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 6.20 petang ketika mangsa, berusia 70 tahun, menunggang motosikal dari arah selatan menuju ke pusat bandar Batu Pahat.
“Siasatan awal mendapati mangsa melintasi jalan utama secara melulu untuk membelok ke kanan, lalu dirempuh sebuah kereta Proton Saga yang dipandu lelaki tempatan berusia 35 tahun,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Akibat pelanggaran itu, mangsa tercampak ke laluan bertentangan sebelum dilanggar sebuah lagi kereta, Perodua Axia yang dipandu wanita tempatan berusia 26 tahun.
Mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di kepala, manakala pemandu Proton Saga serta dua individu dalam Perodua Viva dilaporkan cedera ringan dan menerima rawatan di Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI), Batu Pahat.
Menurut Shahrulanuar, insiden turut menyebabkan dua lagi kenderaan – Perodua Kancil dan Perodua Viva – bertembung kerana gagal mengelak kemalangan tersebut.
Mayat mangsa telah dibawa ke Unit Forensik HSNI untuk proses bedah siasat.
Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara melulu sehingga menyebabkan kematian. - Media Telus
Berita berkaitan
July 12, 2025, 3:09 pm
Kerajaan lulus RM200 juta tangani hakisan pantai di Terengganu – Anwar
July 12, 2025, 2:41 pm
Bapa maut, bayi dalam raga parah nahas motosikal bertembang Myvi di Besut
July 12, 2025, 10:42 am
Polis siasat insiden gaduh sekumpulan lelaki di Sky Avenue Genting Highlands
July 12, 2025, 9:23 am
Bas ekspres bawa 30 penumpang langgar treler di Lebuhraya PLUS
July 12, 2025, 8:57 am
HRD Corp lancar IndSF Semikonduktor pertama di Malaysia, sasar jadi hab bakat global
July 11, 2025, 4:34 pm
Titah Adendum Najib bawah proses mahkamah, kerajaan hormat pandangan semua pihak – PM
July 11, 2025, 4:24 pm
Johari, Amir Hamzah jalankan tugas hingga pelantikan baharu – Perdana Menteri
July 11, 2025, 4:16 pm