Berita Berita
Bas ekspres bawa 30 penumpang langgar treler di Lebuhraya PLUS

REMBAU, 12 Julai – Empat wanita mengalami kecederaan ringan selepas sebuah bas ekspres yang membawa 30 penumpang melanggar belakang sebuah treler di Kilometer 243.9 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah utara, awal pagi tadi.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Rembau, Mohamad Khairul Yahya berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 2.52 pagi.
“Setibanya pasukan penyelamat di lokasi pada jam 3.06 pagi, didapati sebuah bas ekspres telah melanggar bahagian belakang sebuah treler. Bas itu membawa seramai 30 penumpang, iaitu 13 lelaki dewasa, 16 wanita dewasa dan seorang kanak-kanak,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Menurutnya, empat penumpang wanita mengalami kecederaan ringan, manakala yang lain termasuk pemandu bas dan treler tidak mengalami sebarang kecederaan.
“Semua penumpang sempat keluar sendiri dari bas sebelum ketibaan pasukan penyelamat. Pasukan Kecemasan (PKO) memberi rawatan awal kepada mangsa yang cedera sebelum diserahkan kepada pihak ambulans untuk tindakan lanjut,” katanya.
Operasi menyelamat diketuai BBP Rembau dengan bantuan BBP Kota dan BBP Senawang, melibatkan 16 anggota serta tiga jentera. Operasi dikawal sepenuhnya pada jam 3.13 pagi dan ditamatkan pada jam 4.05 pagi.
Berita berkaitan
July 12, 2025, 10:42 am
Polis siasat insiden gaduh sekumpulan lelaki di Sky Avenue Genting Highlands
July 12, 2025, 8:57 am
HRD Corp lancar IndSF Semikonduktor pertama di Malaysia, sasar jadi hab bakat global
July 11, 2025, 4:40 pm
Warga emas maut dalam kemalangan babitkan empat kenderaan di Tanjung Laboh
July 11, 2025, 4:34 pm
Titah Adendum Najib bawah proses mahkamah, kerajaan hormat pandangan semua pihak – PM
July 11, 2025, 4:24 pm
Johari, Amir Hamzah jalankan tugas hingga pelantikan baharu – Perdana Menteri
July 11, 2025, 4:16 pm
Penduduk Malaysia dijangka capai 42.38 juta orang menjelang 2059 – DOSM
July 11, 2025, 1:10 pm