TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Polis siasat insiden gaduh sekumpulan lelaki di Sky Avenue Genting Highlands

By
|
Kongsi
image

KUANTAN, 12 Julai – Polis membuka kertas siasatan berhubung insiden pergaduhan melibatkan sekumpulan lelaki yang dipercayai berlaku di Sky Avenue, Genting Highlands selepas video kejadian itu tular di media sosial kelmarin. 

Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Zaiham Mohd Kahar berkata, pihaknya telah menerima dua laporan polis berhubung insiden berkenaan masing-masing pada jam 11.49 pagi dan 12.50 tengah hari tadi.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana merusuh menggunakan senjata. Siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengenal pasti suspek yang terlibat dalam kejadian ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau turut menggesa mana-mana individu yang terlibat atau mempunyai maklumat berkaitan agar tampil membantu siasatan.

Pada masa sama, beliau menasihatkan orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menimbulkan kekeliruan, memandangkan siasatan masih dijalankan pihak polis.

Terdahulu, tular satu rakaman video berdurasi 55 saat di media sosial yang memaparkan pergaduhan membabitkan beberapa lelaki di lokasi berkenaan.

+ - reset