Berita Berita
Kerajaan lulus RM200 juta tangani hakisan pantai di Terengganu – Anwar

KUALA BERANG, 12 Julai – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan bahawa Kerajaan Persekutuan telah meluluskan peruntukan sebanyak RM200 juta bagi menyegerakan pelaksanaan kerja-kerja berkaitan hakisan pantai di Terengganu.
Menurut beliau, kelulusan segera diberikan sejurus Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar membangkitkan perkara tersebut kepada beliau.
Katanya, penghargaan wajar diberikan kepada jabatan berkaitan seperti Jabatan Kerja Raya (JKR) yang telah bertindak pantas dalam menyelaras projek berkenaan bagi menyelamatkan kawasan pantai daripada terus terjejas akibat hakisan.
"Jadi saya ambil kesempatan ini untuk menjelaskan kerana kadang-kadang apa yang kita lakukan ini berbeza dengan apa yang disinggung di luar.
"Jadi... perbezaan (pendapat) itu dibolehkan, tetapi fitnah dan sikap yang negatif itu tidak dibenarkan, kerana ia bercanggah dengan apa yang berlaku ....
"Jangan terpengaruh dengan dakwaan kerajaan Persekutuan tidak bantu Terengganu dalam aspek pembangunan," katanya ketika berucap sempena Majlis Pelancaran Pembangunan Solar Terapung Hidro Hibrid dan Hab Hidrogen Hijau di Stesen Janakuasa Sultan Mahmud, Kenyir, hari ini.
Turut hadir pada majlis berkenaan ialah Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar; Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA), Akmal Nasrullah Mohd Nasir; Pengerusi TNB, Tan Sri Abdul Razak Abdul Majid; Pengerusi PETRONAS, Tan Sri Mohd Bakke Salleh; Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif TNB, Datuk Megat Jalaluddin Megat Hassan serta Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PETRONAS, Tan Sri Tengku Muhammad Taufik Tengku Aziz.
Berita berkaitan
July 12, 2025, 5:08 pm
Gagal tunai janji lama, MCA dakwa DAP khianati mandat pengundi Cina
July 12, 2025, 2:41 pm
Bapa maut, bayi dalam raga parah nahas motosikal bertembang Myvi di Besut
July 12, 2025, 10:42 am
Polis siasat insiden gaduh sekumpulan lelaki di Sky Avenue Genting Highlands
July 12, 2025, 9:23 am
Bas ekspres bawa 30 penumpang langgar treler di Lebuhraya PLUS
July 12, 2025, 8:57 am
HRD Corp lancar IndSF Semikonduktor pertama di Malaysia, sasar jadi hab bakat global
July 11, 2025, 4:40 pm
Warga emas maut dalam kemalangan babitkan empat kenderaan di Tanjung Laboh
July 11, 2025, 4:34 pm
Titah Adendum Najib bawah proses mahkamah, kerajaan hormat pandangan semua pihak – PM
July 11, 2025, 4:24 pm