Berita Berita
Lagi tuduhan terhadap CEO Batu, kali ini miliki gambar, video lucah

SELAYANG 11 Julai – Pempengaruh media sosial, Muhamad Iqbal Muhamad Nor, atau lebih dikenali sebagai ‘CEO Batu’, sekali lagi didakwa di Mahkamah Majistret hari ini atas pertuduhan menyimpan bahan lucah dalam telefon bimbitnya, Mei lalu.
Tertuduh yang berusia 22 tahun itu bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Chai Guan Hock.
Mengikut pertuduhan, Muhamad Iqbal didakwa memiliki video dan gambar lucah dalam galeri telefon bimbitnya.
Kesalahan itu didakwa dilakukan di pejabat pegawai penyiasat Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak pada jam 11.39 pagi, 22 Mei lalu.
Dia didakwa mengikut Seksyen 292(a) Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah Seksyen 292 kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tiga tahun atau denda, atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.
Timbalan Pendakwa Raya Birr Zamier Abu Bakar mencadangkan jaminan RM6,000 dengan seorang penjamin.
Namun begitu, peguam Nabil Ashraff Ridzuan yang mewakili tertuduh memohon agar jaminan dikurangkan atas faktor anak guamnya kini kehilangan sumber pendapatan sejak kesnya tular dan beberapa kontrak ditamatkan.
“Sebelum ini anak guam mempunyai pendapatan sekitar RM3,000, bagaimanapun punca rezekinya hilang sejak kes ini, banyak kontrak ditamatkan.
"Anak guam tinggal bersama keluarga termasuk datuk dan nenek serta empat beradik yang salah seorangnya menghidap masalah pernafasan.
"Bapa tertuduh bekerja di sebuah kilang, tertuduh sendiri mempunyai masalah saraf akibat kemalangan, mohon mahkamah mempertimbangkan jaminan rendah dengan mengambil kira faktor-faktor ini,” katanya.
Mahkamah kemudiannya membenarkan jaminan sebanyak RM3,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 30 September ini sebagai tarikh sebutan semula kes.
Semalam, Muhamad Iqbal turut dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Ampang atas pertuduhan melakukan amang seksual bukan fizikal terhadap seorang remaja perempuan berusia 13 tahun.
Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu dengan niat untuk dilihat oleh mangsa di sebuah unit kediaman di Batu Caves, Gombak, kira-kira jam 1.16 pagi, 16 Mei lalu.
Pertuduhan dikemukakan di bawah Seksyen 15(a)(i) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda sehingga RM20,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Mahkamah membenarkan jaminan RM6,000 dengan syarat tambahan tertuduh perlu melapor diri setiap bulan di balai polis berhampiran dan dilarang mengganggu saksi pendakwaan.
Sebelum ini, media melaporkan ‘CEO Batu’ ditahan polis selepas didakwa menghantar mesej berbaur lucah kepada remaja bawah umur, susulan pendedahan oleh penyanyi dan pempengaruh Caprice melalui media sosial.
Caprice mendakwa beliau dihubungi oleh ibu mangsa yang meminta bantuannya selepas anaknya didakwa menjadi mangsa gangguan seksual oleh pempengaruh tersebut.
Berita berkaitan
July 12, 2025, 3:09 pm
Kerajaan lulus RM200 juta tangani hakisan pantai di Terengganu – Anwar
July 12, 2025, 2:41 pm
Bapa maut, bayi dalam raga parah nahas motosikal bertembang Myvi di Besut
July 12, 2025, 10:42 am
Polis siasat insiden gaduh sekumpulan lelaki di Sky Avenue Genting Highlands
July 12, 2025, 9:23 am
Bas ekspres bawa 30 penumpang langgar treler di Lebuhraya PLUS
July 12, 2025, 8:57 am
HRD Corp lancar IndSF Semikonduktor pertama di Malaysia, sasar jadi hab bakat global
July 11, 2025, 4:40 pm
Warga emas maut dalam kemalangan babitkan empat kenderaan di Tanjung Laboh
July 11, 2025, 4:34 pm
Titah Adendum Najib bawah proses mahkamah, kerajaan hormat pandangan semua pihak – PM
July 11, 2025, 4:24 pm
Johari, Amir Hamzah jalankan tugas hingga pelantikan baharu – Perdana Menteri
July 11, 2025, 4:16 pm