Berita Berita
Jual arak dalam sekolah, KPM serah sepenuhnya siasatan kepada polis

KUALA TERENGGANU 12 Julai - Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menyerahkan sepenuhnya kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan berhubung insiden penjualan minuman keras di sebuah premis dalam kawasan sekolah yang mencetuskan kontroversi baru-baru ini.
Menterinya, Fadhlina Sidek, menegaskan bahawa pihak kementerian tidak akan bertolak ansur terhadap sebarang pelanggaran peraturan melibatkan institusi pendidikan.
“Kita dah serahkan kepada pihak autoriti untuk menyiasat dan kita tidak kompromi dalam mana-mana salah laku ataupun pelanggaran peraturan. Kita akan ambil tindakan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan penutup Program MADANI Rakyat (PMR) 2025 Terengganu, di sini hari ini.
Beliau turut memaklumkan bahawa KPM akan terus memantau siasatan kes termasuk insiden pergaduhan yang berlaku semasa majlis lelongan itu dijalankan, bagi memastikan segala ketetapan peraturan dikuatkuasakan dengan tegas.
Terdahulu, tular di media sosial sebuah video memaparkan fasiliti sekolah rendah di Pontian, Johor digunakan untuk penganjuran jualan lelong minuman keras.
Kejadian itu mencetuskan reaksi negatif dalam kalangan masyarakat dan turut dilaporkan berlaku pergaduhan semasa majlis tersebut berlangsung.
Berita berkaitan
July 12, 2025, 5:08 pm
Gagal tunai janji lama, MCA dakwa DAP khianati mandat pengundi Cina
July 12, 2025, 3:09 pm
Kerajaan lulus RM200 juta tangani hakisan pantai di Terengganu – Anwar
July 12, 2025, 2:41 pm
Bapa maut, bayi dalam raga parah nahas motosikal bertembang Myvi di Besut
July 12, 2025, 10:42 am
Polis siasat insiden gaduh sekumpulan lelaki di Sky Avenue Genting Highlands
July 12, 2025, 9:23 am
Bas ekspres bawa 30 penumpang langgar treler di Lebuhraya PLUS
July 12, 2025, 8:57 am
HRD Corp lancar IndSF Semikonduktor pertama di Malaysia, sasar jadi hab bakat global
July 11, 2025, 4:40 pm
Warga emas maut dalam kemalangan babitkan empat kenderaan di Tanjung Laboh
July 11, 2025, 4:34 pm