Berita Berita
Remaja OKU hilang di Muar ditemui selamat di Shah Alam

MUAR 14 Julai – Seorang remaja lelaki orang kelainan upaya (OKU) fizikal yang dilaporkan hilang dari rumahnya di Batu 2, Bakri, di sini, akhirnya ditemui selamat di sebuah stesen minyak di Seksyen 6, Shah Alam, semalam.
Mangsa, Muhammad Noor Hakim Khairul Adli, 14, difahamkan dijumpai orang awam dalam keadaan selamat sebelum dibawa ke Balai Polis Seksyen 6 untuk tindakan lanjut.
Menurut Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Raiz Mukhliz Azman Aziz, penemuan remaja itu berlaku kira-kira jam 5 petang selepas pihak polis di Selangor menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Muar.
“Remaja itu kemudiannya dibawa pulang dan diserahkan kepada ahli keluarganya,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Kehilangan remaja itu sebelum ini disedari keluarganya pada Jumaat lalu apabila dia didapati tiada di rumah sekitar jam 5.20 pagi. Semakan kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan dia keluar rumah dengan memanjat pagar sambil menggalas beg.
Difahamkan, Muhammad Noor Hakim menaiki bas dari Terminal Bentayan, Muar ke Shah Alam – merentasi perjalanan sejauh hampir 200 kilometer.
Orang awam yang ternampak remaja berkenaan di stesen minyak bertindak bertanya namun jawapan yang diberikan tidak jelas, sebelum membawanya ke balai polis untuk tindakan lanjut.
Pihak polis mengucapkan penghargaan kepada masyarakat yang membantu dalam pencarian sehingga remaja itu berjaya ditemui dengan selamat. - Media Telus
Berita berkaitan
July 15, 2025, 7:39 am
Penuntut universiti di Subang Jaya parah dikelar bekas kekasih
July 14, 2025, 5:06 pm
Nurul Izzah wajar digantung keahlian parti susulan sertai perarakan kehakiman - Zaid Ibrahim
July 14, 2025, 4:54 pm
Malaysia sedia tambah 100 lagi pelajar tajaan Mara ke New Zealand
July 14, 2025, 4:37 pm
Wan Saiful harap Nurul Izzah sampaikan mesej kepada PM
July 14, 2025, 4:29 pm
Pemandu lori maut, dua wanita cedera nahas di Lebuhraya PLUS
July 14, 2025, 3:47 pm
'Saya dah pulih, dah boleh kerja macam biasa' - Tun M
July 14, 2025, 3:25 pm
Peguam, NGO berkumpul depan Istana Kehakiman, Nurul Izzah turut hadir
July 14, 2025, 3:02 pm
UMS terima dana tambahan RM1 juta selesai krisis air dalam tempoh sebulan - Fadillah
July 14, 2025, 2:14 pm