Berita Berita
Wan Saiful harap Nurul Izzah sampaikan mesej kepada PM

KUALA LUMPUR 14 Julai – Kehadiran Nurul Izzah Anwar dalam perarakan Walk to Safeguard Judicial Independence di Putrajaya hari ini dilihat sebagai satu isyarat jelas sokongan terhadap agenda mempertahankan kebebasan institusi kehakiman di negara ini.
Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu, Datuk Wan Saiful Wan Jan berkata, tindakan itu membuktikan bahawa isu melibatkan integriti dan kebebasan badan kehakiman bukan bersifat partisan, malah merentas sempadan ideologi politik.
Menurutnya, penyertaan Nurul Izzah yang juga Timbalan Presiden PKR diharap menjadi medium untuk menyampaikan mesej rakyat secara terus kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam pertemuan bersama Ahli Parlimen kerajaan yang dijadualkan berlangsung petang ini.
Katanya, kerajaan wajar memandang serius suara rakyat, lebih-lebih lagi dalam isu seperti kebocoran minit mesyuarat Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman (JAC) yang dikhuatiri menjejaskan keyakinan awam terhadap institusi kehakiman.
Perarakan yang bermula dari Istana Kehakiman ke Pejabat Perdana Menteri itu disertai lebih 1,000 peserta termasuk peguam serta wakil pertubuhan bukan kerajaan (NGO), dan berakhir dengan penyerahan memorandum kepada pihak pentadbiran kerajaan.
Ia berlangsung ketika tumpuan masyarakat semakin memuncak terhadap isu pelantikan jawatan tinggi kehakiman dan dakwaan campur tangan dalam institusi itu yang kian mendapat perhatian ramai.
Dalam pada itu, Perdana Menteri turut dijadual bertemu semua Ahli Parlimen Pakatan Harapan di Seri Perdana bagi memberikan penerangan berhubung perkembangan semasa negara serta hala tuju pentadbiran kerajaan perpaduan. - Media Telus
Berita berkaitan
July 14, 2025, 5:06 pm
Nurul Izzah wajar digantung keahlian parti susulan sertai perarakan kehakiman - Zaid Ibrahim
July 14, 2025, 4:54 pm
Malaysia sedia tambah 100 lagi pelajar tajaan Mara ke New Zealand
July 14, 2025, 4:29 pm
Pemandu lori maut, dua wanita cedera nahas di Lebuhraya PLUS
July 14, 2025, 3:47 pm
'Saya dah pulih, dah boleh kerja macam biasa' - Tun M
July 14, 2025, 3:25 pm
Peguam, NGO berkumpul depan Istana Kehakiman, Nurul Izzah turut hadir
July 14, 2025, 3:09 pm
Remaja OKU hilang di Muar ditemui selamat di Shah Alam
July 14, 2025, 3:02 pm
UMS terima dana tambahan RM1 juta selesai krisis air dalam tempoh sebulan - Fadillah
July 14, 2025, 2:14 pm
Tambang tak naik demi kepentingan rakyat, KTMB masih tanggung rugi - Anthony Loke
July 14, 2025, 1:39 pm