Berita Berita
Malaysia sedia tambah 100 lagi pelajar tajaan Mara ke New Zealand

AUCKLAND 14 Julai – Malaysia bersedia menambah sebanyak 100 lagi pelajar tajaan Majlis Amanah Rakyat (Mara) ke New Zealand susulan sekatan penempatan pelajar tajaan ke Amerika Syarikat.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, beberapa universiti di negara itu telah menyatakan kesediaan untuk menerima lebih ramai pelajar Malaysia, selaras dengan usaha kerajaan memperluas destinasi pendidikan luar negara yang kompetitif dan berdaya saing.
"Beberapa universiti di New Zealand telah menawarkan tempat kepada pelajar tajaan Mara, dan kemungkinan juga kepada pelajar tajaan Petronas, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), dan agensi lain.
“Saya telah meletakkan petunjuk prestasi utama (KPI) kepada Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di New Zealand, Mazita Marzuki, untuk menjayakan usaha ini,” katanya kepada media selepas menghadiri sesi libat urus bersama Majlis Perniagaan ASEAN–New Zealand (ANZBC) di sini.
Ahmad Zahid turut memaklumkan bahawa ketika ini terdapat 690 pelajar Malaysia di New Zealand, jumlah yang jauh lebih rendah berbanding dahulu.
Antara faktor penurunan itu termasuk tawaran kursus dalam negara yang semakin meluas serta peningkatan kos pengajian di luar negara. - Media Telus
Berita berkaitan
July 15, 2025, 7:39 am
Penuntut universiti di Subang Jaya parah dikelar bekas kekasih
July 14, 2025, 5:06 pm
Nurul Izzah wajar digantung keahlian parti susulan sertai perarakan kehakiman - Zaid Ibrahim
July 14, 2025, 4:37 pm
Wan Saiful harap Nurul Izzah sampaikan mesej kepada PM
July 14, 2025, 4:29 pm
Pemandu lori maut, dua wanita cedera nahas di Lebuhraya PLUS
July 14, 2025, 3:47 pm
'Saya dah pulih, dah boleh kerja macam biasa' - Tun M
July 14, 2025, 3:25 pm
Peguam, NGO berkumpul depan Istana Kehakiman, Nurul Izzah turut hadir
July 14, 2025, 3:09 pm
Remaja OKU hilang di Muar ditemui selamat di Shah Alam
July 14, 2025, 3:02 pm