Berita Berita
Pemandu lori maut, dua wanita cedera nahas di Lebuhraya PLUS

SEREMBAN 14 Julai – Seorang pemandu lori maut manakala dua wanita cedera dalam kemalangan membabitkan sebuah lori dan kereta di Kilometer 266.9 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah selatan, di sini, pada Isnin.
Menurut Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Seremban 2, Pegawai Bomba Kanan I Nizam Yom, pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 12.51 tengah hari sebelum sepasukan anggota dari BBP Seremban 2 dan Senawang digerakkan ke lokasi kejadian.
“Sebaik tiba jam 1.02 tengah hari, didapati berlaku kemalangan melibatkan sebuah lori bonded 1 tan dan sebuah Perodua Ativa.
“Pemandu lori, lelaki berusia lingkungan 40-an, ditemui tersepit di dalam kenderaan dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pasukan paramedik,” katanya dalam kenyataan.
Tambah beliau, pemandu Perodua Ativa tidak mengalami kecederaan, namun dua penumpang wanita dalam kenderaan itu cedera – seorang di bahagian hadapan patah kaki, manakala seorang lagi di tempat duduk belakang mengalami patah tangan.
Mangsa-mangsa yang cedera telah dihantar ke hospital bagi menerima rawatan lanjut, manakala mayat pemandu lori diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya. - Media Telus
Berita berkaitan
July 15, 2025, 7:39 am
Penuntut universiti di Subang Jaya parah dikelar bekas kekasih
July 14, 2025, 5:06 pm
Nurul Izzah wajar digantung keahlian parti susulan sertai perarakan kehakiman - Zaid Ibrahim
July 14, 2025, 4:54 pm
Malaysia sedia tambah 100 lagi pelajar tajaan Mara ke New Zealand
July 14, 2025, 4:37 pm
Wan Saiful harap Nurul Izzah sampaikan mesej kepada PM
July 14, 2025, 3:47 pm
'Saya dah pulih, dah boleh kerja macam biasa' - Tun M
July 14, 2025, 3:25 pm
Peguam, NGO berkumpul depan Istana Kehakiman, Nurul Izzah turut hadir
July 14, 2025, 3:09 pm
Remaja OKU hilang di Muar ditemui selamat di Shah Alam
July 14, 2025, 3:02 pm