Berita Berita
Tambang tak naik demi kepentingan rakyat, KTMB masih tanggung rugi - Anthony Loke

KUALA LUMPUR 14 Julai - Peranan utama Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) adalah sebagai penyedia perkhidmatan awam kepada masyarakat dan bukannya sekadar sebuah entiti perniagaan yang mengejar keuntungan, jelas Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook.
Beliau menegaskan, KTMB tidak boleh hanya fokus kepada keuntungan semata-mata kerana pertimbangan terhadap kebajikan rakyat perlu diutamakan, meskipun syarikat itu berpotensi meraih keuntungan jika kadar tambang dinaikkan.
“Kalau kita nak untung, kita naikkan kadar tambang, memang akan untung. Tapi adakah rakyat boleh terima?” katanya pada sidang akhbar sempena Majlis Memperkenalkan Bas Diesel Baharu oleh Rapid Bus Sdn. Bhd. hari ini.
Anthony turut menjelaskan bahawa KTMB adalah syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang disokong dengan dana kerajaan bagi menampung kekurangan kos operasi dan sehingga kini masih belum mampu mencapai pulang modal atau tahap ‘break even’.
“Memang dari segi operasi kita belum capai tahap itu (keuntungan). Tetapi itu bukan isunya. Yang penting ialah memastikan operasi KTMB terus dipertingkatkan terutamanya perkhidmatan komuter, ETS dan kargo,” jelas beliau.
Katanya lagi, hanya perkhidmatan kargo dan ETS yang menyumbang keuntungan kepada KTMB, manakala operasi komuter masih menanggung kerugian ekoran kadar tambang yang rendah.
“Dari segi kargo, kita memang sudah mencatat keuntungan. Apa yang kita peroleh daripada sektor kargo dan ETS kita gunakan untuk menampung operasi komuter.
“KTMB ini GLC, dia ada tanggungjawab sosial. Bukan soal keuntungan yang kita utamakan tetapi sudah tentu kita akan pastikan mereka kekal stabil dari sudut kewangan,” katanya.
Berita berkaitan
July 15, 2025, 10:58 am
Negara rugi lebih RM950 juta cukai eksport, SPRM gempur sindiket seludup besi buruk di 5 negeri
July 15, 2025, 10:23 am
Perarakan aman Majlis Peguam bukti demokrasi Malaysia semakin matang - Sangheta
July 15, 2025, 9:44 am
PM akan buat pengumuman besar tak lama lagi, penghargaan untuk rakyat
July 15, 2025, 7:39 am
Penuntut universiti di Subang Jaya parah dikelar bekas kekasih
July 14, 2025, 5:06 pm
Nurul Izzah wajar digantung keahlian parti susulan sertai perarakan kehakiman - Zaid Ibrahim
July 14, 2025, 4:54 pm
Malaysia sedia tambah 100 lagi pelajar tajaan Mara ke New Zealand
July 14, 2025, 4:37 pm
Wan Saiful harap Nurul Izzah sampaikan mesej kepada PM
July 14, 2025, 4:29 pm
Pemandu lori maut, dua wanita cedera nahas di Lebuhraya PLUS
July 14, 2025, 3:47 pm