Berita Berita
'Saya dah pulih, dah boleh kerja macam biasa' - Tun M

KUALA LUMPUR 14 Julai – Hanya sehari selepas dibenarkan keluar dari Institut Jantung Negara (IJN) petang semalam, Tun Dr Mahathir Mohamad kembali kelihatan bertenaga dan ceria meneruskan rutin harian seperti biasa.
Menerusi satu video yang dimuat naik di Facebook rasmi beliau hari ini, Dr Mahathir dilihat meninggalkan kediamannya kira-kira jam 10.15 pagi sebelum menaiki kenderaan menuju ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
Di KLIA, beliau sempat beramah mesra serta bergambar bersama orang ramai yang berada di lapangan terbang tersebut.
Dalam video sama, Dr Mahathir turut mengambil kesempatan memohon maaf kerana tidak dapat menyertai program Picnic & Potluck di Tasik Putrajaya pada pagi semalam sehingga tamat akibat keletihan.
“Saya mohon maaf kerana tidak dapat bersama di waktu kita ada piknik (Picnic & Potluck) yang mana banyak ribu orang hadir.
“Tetapi oleh kerana saya rasa terlalu letih dan terpaksa berehat.
“Doktor suruh pergi hospital, saya pergilah tetapi baliklah (dibenarkan pulang petang) sekejap saja di hospital,” katanya menerusi rakaman video tersebut.
Dalam video sama, beliau turut berkongsi mengenai tahap kesihatan dirinya yang kini semakin stabil selepas menerima rawatan.
“Sekarang ini saya dah pulih setelah dirawat doktor saya.
“(Kini) Saya boleh teruskan cara hidup saya iaitu bekerja,” katanya lagi.
Hanya dalam tempoh kurang sejam selepas video berkenaan dimuat naik, ia sudah menerima 214,000 tontonan, lebih 15,000 tanda emoji dan 1,200 komen, kebanyakannya mendoakan kesihatan bekas Perdana Menteri keempat dan ketujuh itu.
Semalam, Dr Mahathir dilaporkan terpaksa beredar lebih awal dari program Picnic & Potluck kerana keletihan sebelum dimasukkan ke IJN sekitar jam 10 pagi.
Program berkenaan berlangsung di Tasik Putrajaya, bersebelahan Yayasan Kepimpinan Perdana, sempena sambutan hari lahir ke-100 Dr Mahathir dan ulang tahun kelahiran ke-99 isterinya, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali.
Bekas Ahli Parlimen Langkawi itu sebelum itu sempat menyempurnakan kayuhan basikal secara ‘tandem’ sejauh lapan hingga sembilan kilometer di sekitar tasik dengan diiringi pegawai keselamatan khas.
Untuk rekod, Dr Mahathir menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-100 pada 10 Julai lalu, manakala Tun Dr Siti Hasmah menyambut ulang tahun ke-99 pada 12 Julai.
Berita berkaitan
July 15, 2025, 7:39 am
Penuntut universiti di Subang Jaya parah dikelar bekas kekasih
July 14, 2025, 5:06 pm
Nurul Izzah wajar digantung keahlian parti susulan sertai perarakan kehakiman - Zaid Ibrahim
July 14, 2025, 4:54 pm
Malaysia sedia tambah 100 lagi pelajar tajaan Mara ke New Zealand
July 14, 2025, 4:37 pm
Wan Saiful harap Nurul Izzah sampaikan mesej kepada PM
July 14, 2025, 4:29 pm
Pemandu lori maut, dua wanita cedera nahas di Lebuhraya PLUS
July 14, 2025, 3:25 pm
Peguam, NGO berkumpul depan Istana Kehakiman, Nurul Izzah turut hadir
July 14, 2025, 3:09 pm
Remaja OKU hilang di Muar ditemui selamat di Shah Alam
July 14, 2025, 3:02 pm
UMS terima dana tambahan RM1 juta selesai krisis air dalam tempoh sebulan - Fadillah
July 14, 2025, 2:14 pm