Berita Berita
Nurul Izzah wajar digantung keahlian parti susulan sertai perarakan kehakiman - Zaid Ibrahim

KUALA LUMPUR 14 Julai – Bekas Menteri Undang-Undang, Datuk Zaid Ibrahim berpendapat Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah Anwar seharusnya dikenakan tindakan disiplin termasuk digantung keahlian, susulan penglibatannya dalam perarakan Walk to Safeguard Judicial Independence hari ini.
Menurut Zaid, tindakan tersebut adalah selari dengan desakan agar Ahli Parlimen Pandan, Datuk Seri Rafizi Ramli turut digantung ekoran sidang akhbarnya sebelum ini yang menyentuh isu institusi kehakiman.
Beliau menegaskan, tindakan kedua-dua pemimpin PKR itu bukan sahaja menimbulkan persoalan dari sudut disiplin parti, malah seolah-olah mencabar kewibawaan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim serta menjejaskan kredibiliti kerajaan dalam isu yang kritikal.
“Nurul Izzah mesti jelas – adakah RCI yang dicadangkan itu sekadar bertujuan mengenal pasti ‘hakim kanan’ yang terlibat dalam dakwaan campur tangan, atau menyiasat kemungkinan wujudnya penyalahgunaan kuasa secara sistemik, termasuk campur tangan dari Pejabat Perdana Menteri?” katanya dalam kenyataan di Facebook hari ini.
Zaid juga menyoal sama ada Nurul Izzah menyokong siasatan menyeluruh terhadap kelewatan atau pengabaian cadangan daripada Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman (JAC), serta kemungkinan wujudnya pengaruh politik dalam pelantikan jawatan tertinggi kehakiman.
“Jika RCI ini tidak menyasarkan untuk menyiasat semua pihak termasuk Perdana Menteri, ia tidak akan membawa makna. Jika tidak, tindakan menyertai perarakan itu hanya publisiti murahan,” tegasnya.
Beliau turut menyatakan bahawa Nurul Izzah perlu menyokong sepenuhnya penubuhan RCI yang benar-benar bebas dan menyeluruh — termasuk kemungkinan menyiasat peranan Anwar sendiri dalam proses pelantikan kehakiman.
Terdahulu, Nurul Izzah dilihat menyertai perarakan anjuran Badan Peguam Malaysia sejauh 2.6 kilometer dari Istana Kehakiman ke Pejabat Perdana Menteri, bersama lebih 1,000 peserta terdiri daripada peguam dan NGO yang membawa tuntutan seperti penubuhan RCI, pendedahan minit JAC, serta isu kekosongan jawatan tertinggi badan kehakiman. - Media Telus
Berita berkaitan
July 15, 2025, 7:39 am
Penuntut universiti di Subang Jaya parah dikelar bekas kekasih
July 14, 2025, 4:54 pm
Malaysia sedia tambah 100 lagi pelajar tajaan Mara ke New Zealand
July 14, 2025, 4:37 pm
Wan Saiful harap Nurul Izzah sampaikan mesej kepada PM
July 14, 2025, 4:29 pm
Pemandu lori maut, dua wanita cedera nahas di Lebuhraya PLUS
July 14, 2025, 3:47 pm
'Saya dah pulih, dah boleh kerja macam biasa' - Tun M
July 14, 2025, 3:25 pm
Peguam, NGO berkumpul depan Istana Kehakiman, Nurul Izzah turut hadir
July 14, 2025, 3:09 pm
Remaja OKU hilang di Muar ditemui selamat di Shah Alam
July 14, 2025, 3:02 pm
UMS terima dana tambahan RM1 juta selesai krisis air dalam tempoh sebulan - Fadillah
July 14, 2025, 2:14 pm