TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Polis akan panggil semua peserta program eHATI, siasat jika benar ada unsur lucah atau ajaran sesat

By
|
Kongsi
image

SHAH ALAM 15 Julai — Polis akan memanggil semua peserta program motivasi rumah tangga (eHATI) bagi membantu siasatan dengan merakam percakapan mereka di bawah Seksyen 112 Kanun Acara Jenayah.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan memaklumkan, siasatan dijalankan selepas pihaknya membuka Kertas Enkuiri Polis (KEP) berhubung kes berkenaan.

“Hasil siasatan lanjut, kes kini diklasifikasikan mengikut Seksyen 294 dan 509 Kanun Keseksaan serta Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau menjelaskan, siasatan dilakukan secara teliti bagi mengenal pasti sama ada wujud unsur lucah atau ajaran menyimpang daripada norma masyarakat seperti yang didakwa.

“Siasatan dijalankan secara menyeluruh bagi memastikan setiap aspek dan dakwaan dapat dinilai dengan adil,” katanya.

Menurut beliau, pihak berkuasa sudah memulakan siasatan terhadap pasangan yang didakwa terbabit dalam program motivasi rumah tangga (eHATI) yang berunsur syirik dan kedua-dua mereka akan dipanggil memberi keterangan kepada Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).

Datuk Hussein turut mengingatkan orang ramai supaya lebih berwaspada dan berhati-hati dalam menyertai sebarang program, aktiviti atau bengkel yang tidak jelas tujuannya serta tidak diketahui latar belakang penganjur.

“Orang ramai digalakkan untuk membuat semakan dan rujukan terlebih dahulu sebelum mengambil bahagian agar tidak terjebak dengan aktiviti yang bertentangan dengan undang-undang dan nilai moral masyarakat,” katanya.

+ - reset