TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Rakyat Malaysia bebas masuk China tanpa visa sehingga 90 hari mulai esok

By
|
Kongsi
image

 

KUALA LUMPUR 16 Julai - Rakyat Malaysia kini boleh menikmati kemudahan bebas visa untuk lawatan jangka pendek ke China sehingga 90 hari dalam tempoh 180 hari, berkuat kuasa mulai 17 Julai.

Kedutaan China di Malaysia dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa di bawah Perjanjian Pengecualian Visa Bersama Malaysia-China, pemegang pasport kedua-dua negara boleh memasuki, keluar atau transit di negara masing-masing tanpa memerlukan visa dan dibenarkan tinggal sehingga 30 hari bagi setiap kunjungan.

Kemudahan ini merangkumi pelbagai tujuan termasuk pelancongan, lawatan keluarga, urusan perniagaan, pertukaran budaya, rawatan perubatan, urusan peribadi serta perjalanan sebagai anak kapal.

"Tempoh tinggal secara terkumpul tidak boleh melebihi 90 hari dalam mana-mana tempoh 180 hari," menurut kenyataan itu.

Kedutaan turut menjelaskan bahawa mereka yang bercadang untuk tinggal melebihi 30 hari, atau mahu bekerja, belajar, menjalankan aktiviti media atau aktiviti lain yang memerlukan kelulusan awal, masih perlu memohon visa yang sesuai sebelum memasuki negara tersebut.

Perjanjian pengecualian visa ini dimeterai semasa lawatan rasmi Presiden China, Xi Jinping ke Kuala Lumpur pada April lalu. 

+ - reset