Berita Berita
Rafizi sindir PAS ubah pendirian isu kehakiman tiga kali seminggu

PETALING JAYA 16 Julai – Ahli Parlimen Pandan, Datuk Seri Rafizi Ramli menyindir keras pendirian Pas dalam isu berkaitan badan kehakiman yang didakwa berubah-ubah dalam tempoh seminggu.
Bekas Menteri Ekonomi itu berkata Pas dilihat seolah-olah menjadikan ‘strategi menunggang’ sebagai satu-satunya pendekatan politik, namun mengingatkan bahawa strategi itu boleh memakan diri.
“Memang susah untuk tidak menunggang kalau satu-satunya strategi politik yang ada adalah menunggang. Tapi hati-hati, kalau Pas salah tunggang, nanti nampak bangang,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Menurut Rafizi, dalam isu cadangan penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat dakwaan campur tangan dalam badan kehakiman, Pas didakwa menunjukkan tiga pendirian berbeza dalam masa seminggu.
Katanya, pada awalnya Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man menetapkan syarat agar beliau perlu turun ke himpunan anjuran pembangkang sebelum Ahli Parlimen Perikatan Nasional menyokong cadangan RCI tersebut.
“Selepas itu, Ahmad Fadhli Shaari (Ketua Penerangan Pas) pula menyatakan bahawa itu bukan pendirian rasmi Pas dan Pas sebenarnya menyokong cadangan saya.
“Namun keesokan harinya, Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan pula maklumkan bahawa pembangkang menolak cadangan tersebut,” katanya.
Rafizi menyifatkan tindakan itu seolah-olah menunjukkan Pas memiliki keupayaan untuk menjatuhkan “hukuman politik” yang berbeza-beza mengikut keperluan dan keadaan.
“Akhirnya yang lebih lantang bersuara adalah backbencher kerajaan, manakala pembangkang hanya berminat ‘tebuk atap’ supaya boleh jadi menteri balik,” katanya lagi. – Media Telus
Berita berkaitan
July 16, 2025, 5:07 pm
Giliran Sarawak pula bakal haramkan vape
July 16, 2025, 3:09 pm
Seorang maut, 13 cedera termasuk budak, pikap terjunam dalam gaung 15 meter
July 16, 2025, 2:34 pm
Johari tegur Ahli Parlimen gemar bersuara di luar, tapi jarang hadir sidang
July 16, 2025, 2:29 pm
Operasi SAR pempengaruh permotoran diperluas hingga 10km
July 16, 2025, 2:22 pm
Syiling Malaysia dipamer CIA sebagai artifak simbolik di ibu pejabat Virginia
July 16, 2025, 2:14 pm
2,467 kes keganasan rumah tangga direkod dalam masa 4 bulan
July 16, 2025, 1:22 pm