Berita Berita
'Tak terjangkau dek akal' - Saifuddin dedah kes bayi 3 bulan dirogol, rakaman kejadian dijual

PUTRAJAYA 16 Julai - Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail mendedahkan wujud kes seorang bayi berusia tiga bulan dirogol dan dirakam sebelum rakaman itu dijual.
Berucap pada Majlis Perhimpunan Bulanan Kementerian Dalam Negeri (KDN) hari ini, beliau menyifatkan kes berkenaan adalah sesuatu yang tidak masuk akal.
"Saya diberi taklimat (oleh polis baru-baru ini) pada jam 12.30 tengah malam, kalau sudah waktu itu, maknanya seriuslah.
"Sekarang ini dah berlaku satu keadaan yang teruk, tak terjangkau dek akal. Bayi umur tiga bulan kena rogol, divideokan dan (rakaman) dijual video itu.
"Itu sudah kira gila, ya dah gilalah, tak terbayang oleh kita," katanya dalam laporan Berita Harian tanpa mendedahkan sama ada kes itu berlaku dalam negara atau sebaliknya.
Saifuddin berkata, pihaknya kini sedang merancang untuk memperkasakan D11 Bahagian Siasatan Jenayah Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak (D11), Jabatan Siasatan Jenayah.
Bagaimanapun, pada sidang media selepas majlis berkenaan, ketika diminta mengulas lanjut mengenai kes terbabit, Saifuddin enggan memberi butiran.
Sementara itu, Saifuddin menegaskan, Malaysia tidak akan membenarkan mana-mana pihak menjadikan negara ini sebagai platform merekrut atau mengutip dana bagi aktiviti keganasan.
Mengulas mengenai kejayaan polis menumpaskan Gerakan Militan Radikal Bangladesh baru-baru ini, beliau berkata, pihaknya tidak akan berkompromi jika ada aktiviti terbabit dikesan di negara ini biarpun sasaran kumpulan itu untuk menjatuhkan kerajaan negara asal mereka.
"Kejayaan ini menunjukkan bahawa tahap perisikan kita berada pada tahap yang terbaik.
"Kerana itu kita dapat menanganinya dan kita tidak akan sama sekali berkompromi dalam isu terkait dengan keganasan seumpama ini," katanya.
Berita berkaitan
July 16, 2025, 5:07 pm
Giliran Sarawak pula bakal haramkan vape
July 16, 2025, 3:09 pm
Seorang maut, 13 cedera termasuk budak, pikap terjunam dalam gaung 15 meter
July 16, 2025, 2:44 pm
Rafizi sindir PAS ubah pendirian isu kehakiman tiga kali seminggu
July 16, 2025, 2:34 pm
Johari tegur Ahli Parlimen gemar bersuara di luar, tapi jarang hadir sidang
July 16, 2025, 2:29 pm
Operasi SAR pempengaruh permotoran diperluas hingga 10km
July 16, 2025, 2:22 pm
Syiling Malaysia dipamer CIA sebagai artifak simbolik di ibu pejabat Virginia
July 16, 2025, 2:14 pm
2,467 kes keganasan rumah tangga direkod dalam masa 4 bulan
July 16, 2025, 1:22 pm