TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

2,467 kes keganasan rumah tangga direkod dalam masa 4 bulan

By
|
Kongsi
image

 

KUALA TERENGGANU 16 Julai - Sebanyak 2,467 kes keganasan rumah tangga direkodkan di seluruh negara dalam tempoh empat bulan pertama tahun ini, sekali gus menunjukkan isu itu masih membimbangkan dalam masyarakat.

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad berkata, daripada jumlah itu, 104 kes dilaporkan berlaku di Terengganu.

*"Walaupun menurun berbanding 130 kes yang dilaporkan dalam tempoh sama tahun lalu, ia tetap perlu diberi perhatian berdasarkan nisbah populasi penduduk di negeri ini.

"Bagi tahun lalu pula, 379 kes keganasan rumah tangga dilaporkan di Terengganu manakala sebanyak 7,116 kes direkodkan di seluruh negara,"* katanya ketika merasmikan Program Advokasi Kesejahteraan Rumah Tangga untuk Wanita @ Keganasan Rumah Tangga di Kuala Ibai, di sini hari ini.

Menurut Noraini, jumlah kes sebenar dijangka lebih tinggi kerana masih ramai mangsa wanita yang tidak tampil membuat laporan atas faktor takut, malu, atau tidak tahu saluran untuk mendapatkan bantuan.

Beliau turut menegaskan bahawa sebahagian mangsa telah dimanipulasi secara mental oleh pelaku sehingga tidak menyedari bahawa mereka menjadi mangsa penderaan.

*"Penderaan dan keganasan dalam rumah tangga bukan sahaja secara fizikal tetapi juga emosi, seksual, ekonomi dan psikologi.

"Kebanyakannya dilakukan oleh orang dikenali seperti suami, bekas suami atau teman lelaki yang memberi kesan trauma berpanjangan kepada mental dan emosi wanita terbabit,"* katanya. 

+ - reset