Berita Berita
Seorang maut, 13 cedera termasuk budak, pikap terjunam dalam gaung 15 meter

LAHAD DATU 16 Julai - Seorang wanita maut manakala 13 lagi cedera selepas kenderaan pacuan empat roda yang dinaiki mereka terbabas sebelum terjunam ke dalam gaung sedalam 15 meter di Ladang Permai, di sini awal pagi tadi.
Mangsa yang maut dikenali sebagai Kalma, 33, merupakan salah seorang penumpang kenderaan jenis Toyota Hilux tersebut.
Difahamkan, kejadian berlaku apabila kenderaan itu gagal dikawal sebelum terbabas ke bahu jalan dan akhirnya terjunam ke dalam gaung.
Kenderaan itu membawa seramai 15 penumpang, terdiri daripada tujuh lelaki dewasa, tujuh wanita dewasa dan seorang kanak-kanak lelaki.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lahad Datu, Penolong Kanan Penguasa Bomba, Sumsoa Rashid berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 5.53 pagi dan segera menggerakkan enam anggota ke lokasi kejadian.
"Semua mangsa dikeluarkan oleh orang awam sebelum ketibaan bomba.
"Pasukan bomba kemudian membantu mengangkat mangsa ke atas jalan untuk tindakan selanjutnya," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau memaklumkan bahawa pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan kematian mangsa wanita di lokasi kejadian, manakala 13 yang lain mengalami kecederaan.
Berita berkaitan
July 16, 2025, 5:07 pm
Giliran Sarawak pula bakal haramkan vape
July 16, 2025, 2:44 pm
Rafizi sindir PAS ubah pendirian isu kehakiman tiga kali seminggu
July 16, 2025, 2:34 pm
Johari tegur Ahli Parlimen gemar bersuara di luar, tapi jarang hadir sidang
July 16, 2025, 2:29 pm
Operasi SAR pempengaruh permotoran diperluas hingga 10km
July 16, 2025, 2:22 pm
Syiling Malaysia dipamer CIA sebagai artifak simbolik di ibu pejabat Virginia
July 16, 2025, 2:14 pm
2,467 kes keganasan rumah tangga direkod dalam masa 4 bulan
July 16, 2025, 1:22 pm