TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Operasi SAR pempengaruh permotoran diperluas hingga 10km

By
|
Kongsi
image

MUAR 16 Julai – Operasi mencari dan menyelamat (SAR) peniaga aksesori kereta, Tengku Nizaruddin Tengku Zainudin, 38, yang hilang selepas kenderaannya terjunam ke dalam Sungai Tui, Bukit Kepong, petang semalam, diperluaskan sehingga 10 kilometer.

Ketua Zon 4 Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Johor, Norshuhada Amsari berkata, operasi yang memasuki hari kedua hari ini diteruskan pada jam 8.50 pagi.

Menurutnya, seramai tujuh anggota Unit Skuba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Muar serta 11 anggota termasuk tiga pegawai dari BBP Pagoh terbabit dalam operasi itu.

“Turut membantu adalah seorang pegawai dan 26 anggota polis. Operasi turut menggunakan bot milik polis dan bomba, manakala pencarian di darat turut dijalankan serentak,” katanya ketika ditemui di lokasi.

Media sebelum ini melaporkan mangsa, yang juga dikenali sebagai Ija dan terkenal dalam kalangan peminat permotoran, hilang selepas kereta Perodua Axia yang dipandunya ditemui di dasar sungai tersebut — namun tanpa kelibatnya di dalam kenderaan.

Difahamkan, sebelum kejadian, mangsa bergerak secara berasingan dari Johor Bahru ke Muar bersama adik lelakinya, Tengku Abdul Aziz, 30, sekitar jam 2 petang kelmarin atas urusan perniagaan.

Kali terakhir Ija berhubung dengan ahli keluarganya adalah pada jam 4 petang hari sama sebelum beliau dilaporkan gagal dihubungi dalam perjalanan ke bengkel rakannya di Parit Raja. – Media Telus

+ - reset