Berita Berita
Giliran Sarawak pula bakal haramkan vape

KUCHING 16 Julai – Sarawak bakal mengharamkan aktiviti penjualan vape memandangkan penggunaan rokok elektronik itu kini banyak disalahgunakan untuk penyalahgunaan dadah.
Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, keputusan itu dicapai hasil solidariti program pendidikan penyalahgunaan dadah dan bahan terlarang yang telah mendapat sokongan daripada beberapa siri mesyuarat Majlis Tindakan Membanteras Dadah (MTMD) Peringkat Sarawak baru-baru ini.
“Perkara ini juga menjadi isu nasional. Ia sedang dalam perbincangan di negeri-negeri lain kerana masalah vape bersangkut-paut dengan masalah penyalahgunaan dadah.
“Kalau dahulu vape dilihat sebagai hanya untuk hisap rokok, tapi sekarang vape banyak disalahgunakan untuk dadah dan sebagainya.
“Sebab itu kerajaan perlu melihat perkara ini, tapi di peringkat negeri kita telah bersetuju secara menyeluruh untuk vape diharamkan,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat bersama Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) di pejabatnya, hari ini.
Berita berkaitan
July 16, 2025, 3:09 pm
Seorang maut, 13 cedera termasuk budak, pikap terjunam dalam gaung 15 meter
July 16, 2025, 2:44 pm
Rafizi sindir PAS ubah pendirian isu kehakiman tiga kali seminggu
July 16, 2025, 2:34 pm
Johari tegur Ahli Parlimen gemar bersuara di luar, tapi jarang hadir sidang
July 16, 2025, 2:29 pm
Operasi SAR pempengaruh permotoran diperluas hingga 10km
July 16, 2025, 2:22 pm
Syiling Malaysia dipamer CIA sebagai artifak simbolik di ibu pejabat Virginia
July 16, 2025, 2:14 pm
2,467 kes keganasan rumah tangga direkod dalam masa 4 bulan
July 16, 2025, 1:22 pm