Berita Berita
Hamzah Zainudin dilantik Pengarah Pilihan Raya Bersatu

KUALA LUMPUR 17 Julai – Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Seri Hamzah Zainudin dilantik sebagai Pengarah Pilihan Raya parti itu susulan keputusan Mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) yang berlangsung kelmarin.
Perkara itu dimaklumkan Ahli MPT, Wan Saiful Wan Jan, yang turut mengucapkan tahniah kepada Hamzah atas pelantikan tersebut menerusi kenyataan di Facebook.
“Saya ucapkan tahniah kepada Hamzah yang disahkan sebagai Pengarah Pilihan Raya Bersatu bagi menyelia jabatan pilihan raya yang diketuai Ahmad Faizal Azumu,” katanya.
Wan Saiful turut memaklumkan mesyuarat berkenaan berjalan lancar dan beberapa keputusan penting turut dicapai, termasuk berkaitan persidangan agung tahunan serta penganjuran majlis makan malam sempena ulang tahun kesembilan parti.
“Paling penting ialah usaha mempelopori persefahaman dengan semua parti politik bukan kerajaan serta persiapan pilihan raya negeri Sabah,” katanya.
Beliau turut memaklumkan bahawa usul yang dikemukakannya untuk membentuk jawatankuasa dan pergerakan jabatan pilihan raya supaya dibentang segera kepada Hamzah telah dipersetujui mesyuarat.
“Saya harap dengan keputusan itu, ahli jawatankuasa jabatan pilihan raya dapat dilantik segera dan parti boleh bergerak ke hadapan dengan lebih pantas,” katanya.
Berita berkaitan
July 17, 2025, 8:20 pm
'Jangan ghairah nak makan lawan' - Rafizi anggap desakan gantung MP PKR langkah ‘makan diri’
July 17, 2025, 8:10 pm
Sikap materialistik punca masyarakat berminda rasuah – Azam Baki
July 17, 2025, 7:39 pm
Suami gagal punca isteri cari ketenangan di luar – Menteri Agama
July 17, 2025, 6:51 pm