TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Penduduk terkejut jumpa mayat kontraktor berlumuran darah di tapak pembinaan Taman Madani di Dungun

By
|
Kongsi
image

 

DUNGUN 17 Julai – Penduduk di Bandar Al Muktafi Billah Shah digemparkan dengan penemuan mayat seorang lelaki dalam keadaan berlumuran darah di sebuah tapak pembinaan perumahan di Taman Madani, petang tadi.

Menurut laporan Kosmo Online, mangsa yang dikenal pasti sebagai kontraktor tapak pembinaan berkenaan, ditemui terbaring di tepi kenderaan pacuan empat roda jenis Mitsubishi Triton miliknya pada pukul 3.15 petang, dengan kesan kelar pada leher dan pergelangan tangan kiri.

Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Maizura Abdul Kadir memaklumkan bahawa sebilah pisau pemotong kertas turut dijumpai berhampiran mayat lelaki yang berasal dari Taman Sri Rampai, Kuala Lumpur itu.

“Punca kematian masih dalam siasatan. Mayat telah dihantar ke Unit Forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu untuk tindakan lanjut,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Sementara itu, saksi kejadian, Mohd Syukri Mamat, 35, berkata beliau dalam perjalanan menghantar makanan kepada rakannya apabila terserempak dengan mangsa.

“Pada mulanya saya pelik melihat lelaki itu berbaring di tepi kenderaan yang enjinnya masih hidup. Bila saya dekati, terkejut tengok dia berlumuran darah dan terus hubungi polis,” katanya. 

+ - reset