Berita Berita
CMG serah surat tuntutan kepada Miti berhubung Pavilion Malaysia di Osaka

PETALING JAYA 18 Julai – Sebuah syarikat pemasaran, Current Media Group (CMG), mengemukakan surat tuntutan (Letter of Demand) kepada Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (Miti), menuntut pampasan serta pengiktirafan atas penggunaan reka bentuk syarikat itu bagi Pavilion Malaysia di Ekspo Dunia Osaka, Jepun.
Dalam satu kenyataan, CMG memaklumkan bahawa surat tuntutan itu diserahkan semalam setelah semua usaha dialog tidak rasmi menemui jalan buntu dan tempoh diberi kepada Miti untuk menyelesaikan isu secara berhemah telah tamat.
“Sekiranya Miti gagal memberikan maklum balas yang memuaskan dalam tempoh yang ditetapkan, CMG akan menggunakan semua saluran undang-undang,” kata syarikat itu.
Pengasas CMG, Fey Ilyas, sebelum ini memuat naik satu hantaran di media sosial pada 25 April lalu, mendakwa reka bentuk yang digunakan oleh Miti untuk ekspo itu adalah hasil kerja syarikatnya, namun tiada bayaran atau pengiktirafan diberikan.
Menurut Fey, syarikatnya dilantik pada tahun 2022 untuk membangunkan konsep, tema dan arah seni bina Pavilion Malaysia, dan reka bentuk tersebut telah dibentangkan kepada pihak berkepentingan termasuk Menteri, Tengku Zafrul Aziz. Fey turut mendakwa syarikatnya dijanjikan akan dilantik secara rasmi untuk projek itu.
Namun begitu, pada Januari 2023, CMG dimaklumkan bahawa pelantikan mereka tidak akan diteruskan dan kementerian mahu membuka tender baharu. Fey mendakwa pihaknya dipermain selama dua tahun dalam usaha mendapatkan keadilan terhadap sumbangan kreatif yang telah diberikan.
Tambahnya, CMG juga dinasihatkan agar tidak bersuara mengenai isu ini bagi mengelakkan ia menjejaskan peluang masa depan syarikat.
Miti sebelum ini menyatakan sedang menjalankan siasatan dalaman dan akan mengambil tindakan undang-undang jika perlu. Namun, menurut CMG, tiada sebarang maklum balas, permintaan dokumen atau panggilan untuk temu bual diterima sejak kenyataan tersebut dikeluarkan.
“CMG sekali lagi menegaskan kesediaannya untuk terlibat dalam proses pengantaraan secara konstruktif pada bila-bila masa, asalkan proses itu dijalankan dengan niat baik, mengiktiraf nilai kerja kreatif dan menegakkan syarat adil,” menurut kenyataan itu. – Media Telus
Berita berkaitan
July 31, 2025, 2:33 pm
RMK13: Prasekolah akan diwajibkan seawal 5 tahun
July 31, 2025, 1:33 pm
Bayi 7 bulan ditemui maut dengan kesan lebam satu badan, polis tahan ibu bapa angkat
July 31, 2025, 12:52 pm
Trump tangguh pengumuman tarif, sah hadir Sidang ASEAN di KL
July 31, 2025, 10:58 am
Subsidi telur ayam tamat bermula esok, kerajaan perkenal telur gred khas harga berpatutan
July 31, 2025, 10:26 am
Sindiket seludup besi buruk, e-waste: SPRM geledah 28 syarikat, kerugian cukai cecah RM950 juta
July 31, 2025, 9:25 am
RUU Pendidikan (Pindaan) 2025 lulus, pendidikan menengah kini wajib
July 31, 2025, 8:23 am
Lagu tema 'Malaysia Madani Rakyat Disantuni' wajib dimainkan di semua pejabat kerajaan
July 31, 2025, 8:16 am
Anwar–Prabowo sepakat ASEAN perlu kekal bersatu hadapi cabaran geopolitik
July 31, 2025, 8:04 am
Tukar baju ketika transit elak dicekup, 9 rakyat India ditahan di KLIA
July 31, 2025, 7:24 am