Berita Berita
RUU Pendidikan (Pindaan) 2025 lulus, pendidikan menengah kini wajib

KUALA LUMPUR 31 Julai – Rang Undang-Undang (RUU) Pendidikan (Pindaan) 2025 yang memperuntukkan kewajiban pendidikan menengah berjaya diluluskan di Dewan Rakyat malam tadi.
Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek menyifatkan kelulusan pindaan terhadap Akta Pendidikan 1996 (Akta 550) sebagai satu detik bersejarah yang amat penting dalam membina modal insan negara melalui sistem pendidikan yang lebih menyeluruh.
“Pendidikan ini adalah hak kelahiran setiap anak-anak, maknanya setiap anak-anak ini lahir dengan hak untuk mendapat pendidikan,” katanya semasa menggulung perbahasan RUU berkenaan di Dewan Rakyat.
Sepanjang sesi perbahasan, Ahli Parlimen daripada kedua-dua blok kerajaan dan pembangkang turut menyatakan sokongan terhadap pindaan itu, yang dilihat membawa perubahan signifikan kepada dasar pendidikan negara.
Antara intipati utama RUU tersebut adalah penambahan seksyen baharu 32A yang menetapkan setiap ibu bapa yang anaknya merupakan warganegara dan menetap di Malaysia, wajib mendaftarkan anak mereka untuk mengikuti pendidikan menengah dan memastikan mereka kekal sebagai pelajar sepanjang tempoh tersebut.
Berita berkaitan
August 1, 2025, 8:39 am
AS kenakan tarif 19 peratus ke atas Malaysia, rundingan Anwar-Trump berhasil bawa pengurangan
August 1, 2025, 8:25 am
Dua rakyat Turkiye dikhuatiri hilang, kapal layar karam di perairan Terengganu
July 31, 2025, 8:41 pm
Sisters in Islam gugur nama ‘Islam’, patuh nasihat Sultan Selangor
July 31, 2025, 6:44 pm
Terengganu larang penuh penjualan vape bermula esok
July 31, 2025, 6:34 pm
Dr Zaliha dilantik Pengerusi PKR Johor baharu
July 31, 2025, 6:19 pm
243 penumpang bas disaman JPJ Negeri Sembilan kerana tak pakai tali pinggang keledar
July 31, 2025, 6:10 pm
RM611 bilion diperlukan laksana RMK13 – Anwar
July 31, 2025, 5:54 pm
KSN beri jaminan pantau pelaksanaan RMK13
July 31, 2025, 5:48 pm