Berita Berita
RMK13: Prasekolah akan diwajibkan seawal 5 tahun

KUALA LUMPUR 31 Julai - Pendidikan prasekolah akan diwajibkan bagi kanak-kanak seawal usia lima tahun sebagai langkah memperkukuh keberhasilan sistem pendidikan negara.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kerajaan turut akan melaksanakan kajian semula bagi menentukan waktu persekolahan paling optimum, menilai keberkesanan sekolah khusus, serta memperbaiki model pendidikan bagi murid pintar cerdas dan berbakat.
“Tumpuan turut diberikan kepada pengukuhan penguasaan bahasa, termasuk menjadikan Bahasa Inggeris sebagai sebahagian daripada bahasa pembelajaran dan perhubungan, manakala pembelajaran bahasa tambahan pula akan diperluaskan,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika membentangkan Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) di Dewan Rakyat hari ini. – Media Telus
Berita berkaitan
August 1, 2025, 8:39 am
AS kenakan tarif 19 peratus ke atas Malaysia, rundingan Anwar-Trump berhasil bawa pengurangan
August 1, 2025, 8:25 am
Dua rakyat Turkiye dikhuatiri hilang, kapal layar karam di perairan Terengganu
July 31, 2025, 8:41 pm
Sisters in Islam gugur nama ‘Islam’, patuh nasihat Sultan Selangor
July 31, 2025, 6:44 pm
Terengganu larang penuh penjualan vape bermula esok
July 31, 2025, 6:34 pm
Dr Zaliha dilantik Pengerusi PKR Johor baharu
July 31, 2025, 6:19 pm
243 penumpang bas disaman JPJ Negeri Sembilan kerana tak pakai tali pinggang keledar
July 31, 2025, 6:10 pm
RM611 bilion diperlukan laksana RMK13 – Anwar
July 31, 2025, 5:54 pm
KSN beri jaminan pantau pelaksanaan RMK13
July 31, 2025, 5:48 pm