Berita Berita
Sindiket seludup besi buruk, e-waste: SPRM geledah 28 syarikat, kerugian cukai cecah RM950 juta

KUALA LUMPUR 31 Julai – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menjalankan penggeledahan terhadap 28 syarikat yang dipercayai terlibat dengan sindiket penyeludupan besi buruk dan sisa elektronik (e-waste), melibatkan kerugian hasil cukai eksport negara yang dianggarkan mencecah lebih RM950 juta.
Menurut laporan Sinar Harian, sumber memberitahu operasi bersepadu itu dijalankan oleh Bahagian Operasi Khas (BOK) SPRM dengan kerjasama Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan Bank Negara Malaysia (BNM) bermula 14 Julai lalu.
“Siasatan masih dijalankan dan setakat ini seramai 32 individu telah dipanggil bagi memberikan keterangan.
“Tiada tangkapan dilakukan setakat ini, namun siasatan masih berjalan,” katanya pada Khamis.
Setakat ini, jumlah keseluruhan pembekuan akaun dan penyitaan pelbagai aset bernilai RM332.5 juta telah direkodkan. Antara yang dibekukan dan disita termasuk:
Akaun bank: RM149.5 juta
Kenderaan mewah: RM1.8 juta
Rumah kediaman: RM15.5 juta
Tanah: RM165 juta
Jam tangan mewah: RM700,000
Pengarah Kanan BOK SPRM, Datuk Mohamad Zamri Zainul Abidin turut mengesahkan perkara tersebut dan memaklumkan kes sedang disiasat di bawah Seksyen 16 dan 18 Akta SPRM 2009 serta kesalahan berkaitan pengubahan wang haram.
Siasatan dijalankan susulan pelaksanaan Op Metal secara besar-besaran di lima negeri – Pulau Pinang, Kedah, Negeri Sembilan, Johor dan Selangor – bermula 14 Julai lalu.
Antara aset yang telah disita dalam operasi itu termasuk:
Lapan hartanah di Pulau Pinang seperti tiga banglo di Batu Maung, sebuah penthouse di Tanjung Tokong, lot kedai di Bayan Lepas, dan 31 ekar tanah di Nibong Tebal
Enam kenderaan mewah: Porsche Cayenne, Range Rover, BMW, Volvo, Toyota Land Cruiser dan Toyota Alphard
Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki sebelum ini memaklumkan bahawa pihaknya sedang mengenal pasti individu atau pihak yang bersekongkol dengan sindiket ini. Mereka dipercayai terlibat dalam aktiviti penyeludupan keluar besi buruk dan e-waste melalui Pelabuhan Klang dan Pulau Pinang yang telah menyebabkan kerugian hasil cukai kepada kerajaan melebihi RM950 juta sejak enam tahun lalu.
Berita berkaitan
August 1, 2025, 8:39 am
AS kenakan tarif 19 peratus ke atas Malaysia, rundingan Anwar-Trump berhasil bawa pengurangan
August 1, 2025, 8:25 am
Dua rakyat Turkiye dikhuatiri hilang, kapal layar karam di perairan Terengganu
July 31, 2025, 8:41 pm
Sisters in Islam gugur nama ‘Islam’, patuh nasihat Sultan Selangor
July 31, 2025, 6:44 pm
Terengganu larang penuh penjualan vape bermula esok
July 31, 2025, 6:34 pm
Dr Zaliha dilantik Pengerusi PKR Johor baharu
July 31, 2025, 6:19 pm
243 penumpang bas disaman JPJ Negeri Sembilan kerana tak pakai tali pinggang keledar
July 31, 2025, 6:10 pm
RM611 bilion diperlukan laksana RMK13 – Anwar
July 31, 2025, 5:54 pm
KSN beri jaminan pantau pelaksanaan RMK13
July 31, 2025, 5:48 pm