TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Bayi 7 bulan ditemui maut dengan kesan lebam satu badan, polis tahan ibu bapa angkat

By
|
Kongsi
image

KUALA LUMPUR 31 Julai - Seorang bayi perempuan berusia tujuh bulan ditemui maut dengan kesan lebam pada badan di sebuah unit kondominium di ibu negara semalam.

Pemangku Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohamed Usuf Jan Mohamad berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian kira-kira jam 9.34 malam daripada bapa angkat bayi tersebut.

“Lelaki itu memaklumkan anak angkatnya tidak sedarkan diri di rumah tanpa diketahui puncanya.

“Pemeriksaan di lokasi mendapati bayi terbabit berada di ruang tamu dalam keadaan kebiruan serta penuh dengan kesan lebam di badan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Susulan itu, polis menahan dua individu masing-masing lelaki dan wanita berusia 38 dan 50 tahun bagi membantu siasatan.

Menurut Mohamed Usuf, kes disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 (Akta 611), dan permohonan reman terhadap kedua-dua suspek akan dibuat hari ini.

Bayi malang tersebut telah dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) bagi tujuan bedah siasat. 

+ - reset