Berita Berita
Trump tangguh pengumuman tarif, sah hadir Sidang ASEAN di KL

KUALA LUMPUR 29 Julai – Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump memutuskan untuk menangguhkan pengumuman rasmi mengenai tarif timbal balas ke atas Malaysia yang dijadualkan esok, menurut Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Anwar berkata, perkara itu dimaklumkan sendiri oleh Trump menerusi perbualan telefon pagi ini, selari dengan usaha rundingan dua hala antara Malaysia dan AS.
“Kita sedang dalam proses rundingan untuk mengurangkan kadar tarif timbal balas sebanyak 25 peratus yang dikenakan oleh AS,” kata Anwar.
Tambah beliau, Trump turut mengumumkan kesediaannya hadir ke Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 yang dijadual berlangsung di Kuala Lumpur pada Oktober ini.
Pengesahan itu dibuat selepas jemputan rasmi disampaikan kepada Trump menerusi Setiausaha Negara AS, Marco Rubio, semasa kunjungan hormatnya ke Pejabat Perdana Menteri pada 10 Julai lalu.
Hubungan Malaysia–AS dilihat kembali rancak sejak beberapa bulan lalu susulan rundingan perdagangan dan kerjasama strategik pelbagai hala yang sedang berlangsung. – Media Telus
Berita berkaitan
August 1, 2025, 8:39 am
AS kenakan tarif 19 peratus ke atas Malaysia, rundingan Anwar-Trump berhasil bawa pengurangan
August 1, 2025, 8:25 am
Dua rakyat Turkiye dikhuatiri hilang, kapal layar karam di perairan Terengganu
July 31, 2025, 8:41 pm
Sisters in Islam gugur nama ‘Islam’, patuh nasihat Sultan Selangor
July 31, 2025, 6:44 pm
Terengganu larang penuh penjualan vape bermula esok
July 31, 2025, 6:34 pm
Dr Zaliha dilantik Pengerusi PKR Johor baharu
July 31, 2025, 6:19 pm
243 penumpang bas disaman JPJ Negeri Sembilan kerana tak pakai tali pinggang keledar
July 31, 2025, 6:10 pm
RM611 bilion diperlukan laksana RMK13 – Anwar
July 31, 2025, 5:54 pm
KSN beri jaminan pantau pelaksanaan RMK13
July 31, 2025, 5:48 pm