Berita Berita
Negara hadapi cuaca panas dan hujan berkurangan sepanjang Monsun Barat Daya

KUALA LUMPUR 31 Julai – Negara dijangka mengalami jumlah hujan yang lebih rendah dengan lebih banyak hari tanpa hujan sepanjang tempoh Monsun Barat Daya (MBD) yang bermula sejak 10 Mei lalu hingga September.
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) dalam kenyataan malam tadi berkata, fenomena itu berpunca daripada tiupan angin barat daya yang konsisten dan kadar kelembapan udara yang rendah, menyebabkan pembentukan awan hujan berkurangan.
“Kemuncak musim ini adalah dari Julai hingga September. Fenomena jerebu setempat dan rentas sempadan boleh berlaku sekiranya aktiviti pembakaran terbuka tidak dikawal,” katanya.
Dalam tempoh ini, garis badai yang membawa ribut petir dan angin kencang dijangka berlaku di barat Semenanjung Malaysia serta barat Sabah dan utara Sarawak pada awal pagi. Ribut petir juga dijangka berlaku di pedalaman dan pantai timur Semenanjung, timur Sabah dan selatan Sarawak pada petang hingga malam.
16 daerah alami cuaca panas Tahap 1
Setakat jam 4 petang semalam, 16 daerah direkodkan mengalami cuaca panas Tahap 1 termasuk Pasir Puteh dan Machang (Kelantan); Kampar (Perak); Temerloh, Maran, Pekan, Rompin (Pahang); Kota Marudu, Pitas, Beluran, Telupid, Sandakan, Tenom, Keningau (Sabah); serta Mukah dan Limbang (Sarawak).
NADMA menjangkakan corak cuaca ini akan berterusan sehingga 5 Ogos, dengan tahap amaran kekal pada Tahap 1 sahaja.
Empangan Bukit Merah paras bahaya
Empangan Bukit Merah di Perak mencatatkan baki stok simpanan air mentah pada paras bahaya iaitu 15.05 peratus. Bekalan pengairan dihentikan selepas paras air menurun di bawah 6.1 meter, dan kini hanya membekalkan air ke loji Lembaga Air Perak (LAP) sejak 21 Julai lalu.
Tiada ramalan kemarau dikeluarkan oleh Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) sehingga semalam bagi mana-mana lembangan sungai.
Kualiti udara masih terkawal
Setakat jam 10 pagi hari ini, tiada kawasan mencatatkan Indeks Pencemaran Udara (IPU) melebihi 100, menunjukkan kualiti udara masih terkawal.
40 kes berkaitan cuaca panas dilaporkan tahun ini
NADMA turut memaklumkan sebanyak 40 kes berkaitan cuaca panas direkodkan sepanjang tahun 2025 setakat ini, termasuk satu kes dilaporkan semalam. Pecahan kes merangkumi 36 kes kelesuan haba dan empat kes strok haba exertional.
Negeri paling banyak mencatatkan kes ialah Selangor (12), diikuti Sabah (6), Melaka dan Johor (5), Terengganu dan Negeri Sembilan (3), serta Perak, Pahang dan Kedah (2). Tiada kematian berkaitan cuaca panas dilaporkan sehingga 22 Julai lalu.
Tiada keperluan laksana pembenihan awan setakat ini
Mesyuarat Penyelarasan Operasi Pembenihan Awan (OPA) setakat ini belum memutuskan sebarang pelaksanaan operasi, dan ia hanya akan dilakukan selepas menerima laporan teknikal daripada Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia).
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) juga telah mengeluarkan surat peringatan kepada semua institusi pendidikan mengenai pengoperasian semasa cuaca panas dan perlu dipatuhi sepenuhnya. – Media Telus
Berita berkaitan
August 1, 2025, 8:39 am
AS kenakan tarif 19 peratus ke atas Malaysia, rundingan Anwar-Trump berhasil bawa pengurangan
August 1, 2025, 8:25 am
Dua rakyat Turkiye dikhuatiri hilang, kapal layar karam di perairan Terengganu
July 31, 2025, 8:41 pm
Sisters in Islam gugur nama ‘Islam’, patuh nasihat Sultan Selangor
July 31, 2025, 6:44 pm
Terengganu larang penuh penjualan vape bermula esok
July 31, 2025, 6:34 pm
Dr Zaliha dilantik Pengerusi PKR Johor baharu
July 31, 2025, 6:19 pm
243 penumpang bas disaman JPJ Negeri Sembilan kerana tak pakai tali pinggang keledar
July 31, 2025, 6:10 pm
RM611 bilion diperlukan laksana RMK13 – Anwar
July 31, 2025, 5:54 pm
KSN beri jaminan pantau pelaksanaan RMK13
July 31, 2025, 5:48 pm
Tarif air baharu mulai 1 Ogos, Perak kekal kadar lama bagi pengguna domestik
July 31, 2025, 5:32 pm