TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Asyraf Wajdi gesa tindakan tegas terhadap pembuli sekolah

By
|
Kongsi
image

PETALING JAYA 18 Julai – Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA), Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki menyeru semua pihak agar lebih peka terhadap isu buli dalam kalangan pelajar serta menggesa supaya tindakan tegas diambil terhadap pelaku buli.

Beliau menzahirkan rasa sedih berhubung kejadian seorang pelajar tingkatan satu sebuah sekolah agama di Papar, Sabah yang dilaporkan meninggal dunia selepas dipercayai menjadi mangsa buli dan terjatuh dari tingkat tiga bangunan sekolah tersebut.

“Sedih pagi-pagi baca berita mangsa buli (meninggal dunia) di sebuah sekolah di Sabah. Kena ambil tindakan tegas terhadap pembuli.

“Semua pihak wajib ambil peduli isu buli dan tangani secara holistik,” katanya menerusi satu hantaran di media sosial hari ini.

Mangsa disahkan meninggal dunia pada malam Khamis lalu ketika menerima rawatan di Hospital Queen Elizabeth I (HQE I), Kota Kinabalu.

Kes tersebut sedang disiasat oleh pihak polis, dan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memaklumkan telah menyalurkan bantuan sokongan kepada keluarga pelajar serta menyeru orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu siasatan. – Media Telus

+ - reset