Berita Berita
Polis jangka hingga 15,000 sertai Himpunan Turun Anwar 26 Julai

KUALA LUMPUR 18 Julai – Polis menganggarkan antara 10,000 hingga 15,000 peserta akan menyertai Himpunan Turun Anwar yang dijadualkan berlangsung pada 26 Julai ini.
Menurut Pemangku Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohamed Usuf Jan Mohamad, penganjur telah memaklumkan mengenai perhimpunan itu kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi.
Seramai 2,000 pegawai dan anggota polis akan ditugaskan untuk memastikan kelancaran serta keselamatan perhimpunan tersebut.
“Unjuran awal daripada pihak Cawangan Khas menjangkakan kehadiran antara 10,000 hingga 15,000 peserta. Kami akan uruskan perkara ini sebaik mungkin,” katanya dalam sidang media hari ini.
Mohamed Usuf turut mengingatkan peserta agar mematuhi undang-undang dan tidak melakukan sebarang provokasi yang boleh menjejaskan ketenteraman awam.
“Berhimpun secara tertib dan aman. Elakkan provokasi. Jangan bakar apa-apa benda dan jangan gunakan pembesar suara secara melampau seperti insiden sebelum ini,” tegasnya.
Tambah beliau, sebarang pelanggaran undang-undang, terutama membabitkan isu 3R (agama, raja dan kaum), akan dikenakan tindakan tegas tanpa kompromi.
Orang ramai dijangka mula berkumpul seawal jam 11 pagi di empat lokasi yang dikenal pasti sebelum berarak ke Dataran Merdeka sekitar jam 2 petang.
Setakat ini, tiada penutupan jalan dirancang, namun ia akan dilaksanakan jika keadaan memerlukan. - Media Telus
Berita berkaitan
July 31, 2025, 2:33 pm
RMK13: Prasekolah akan diwajibkan seawal 5 tahun
July 31, 2025, 1:33 pm
Bayi 7 bulan ditemui maut dengan kesan lebam satu badan, polis tahan ibu bapa angkat
July 31, 2025, 12:52 pm
Trump tangguh pengumuman tarif, sah hadir Sidang ASEAN di KL
July 31, 2025, 10:58 am
Subsidi telur ayam tamat bermula esok, kerajaan perkenal telur gred khas harga berpatutan
July 31, 2025, 10:26 am
Sindiket seludup besi buruk, e-waste: SPRM geledah 28 syarikat, kerugian cukai cecah RM950 juta
July 31, 2025, 9:25 am
RUU Pendidikan (Pindaan) 2025 lulus, pendidikan menengah kini wajib
July 31, 2025, 8:23 am
Lagu tema 'Malaysia Madani Rakyat Disantuni' wajib dimainkan di semua pejabat kerajaan
July 31, 2025, 8:16 am
Anwar–Prabowo sepakat ASEAN perlu kekal bersatu hadapi cabaran geopolitik
July 31, 2025, 8:04 am
Tukar baju ketika transit elak dicekup, 9 rakyat India ditahan di KLIA
July 31, 2025, 7:24 am