Berita Berita
Van sekolah terbalik di Johor Bahru, 22 murid dan pelajar cedera

JOHOR BAHRU 18 Julai – Seramai 22 pelajar dan murid cedera selepas van sekolah yang mereka naiki terbalik dalam satu kemalangan di Jalan Abdul Samad, di sini, pagi tadi.
Dalam kejadian sekitar jam 7 pagi itu, van berkenaan dalam perjalanan menghantar pelajar dan murid ke sekolah sebelum dipercayai melanggar sebuah lubang utiliti (manhole) yang tidak bertutup di laluan terbabit.
Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan dan Penerangan Negeri Johor, Aznan Tamin berkata, insiden itu melibatkan 16 pelajar dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Mohd Khaled dan enam murid Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Jalan Yahya Awal.
“Kesemua mangsa mengalami kecederaan termasuk patah tangan dan jari. Insiden ini amat menyentuh hati, lebih-lebih lagi apabila ia melibatkan keselamatan anak-anak kita yang masih di bangku sekolah,” katanya dalam satu kenyataan.
Beliau turut memberi jaminan bahawa semua mangsa akan menerima rawatan dan pemantauan kesihatan terbaik daripada pihak hospital.
“Pihak berkuasa sedang menjalankan siasatan terperinci bagi mengenal pasti punca sebenar dan memastikan tindakan sewajarnya diambil demi keselamatan pelajar pada masa akan datang,” tambah beliau.
Terdahulu, tular di media sosial gambar dan video van sekolah yang terbalik akibat melanggar lubang manhole terbuka di laluan berkenaan, sekali gus mencetuskan kebimbangan netizen terhadap isu keselamatan infrastruktur jalan raya. - Media Telus
Berita berkaitan
July 31, 2025, 2:33 pm
RMK13: Prasekolah akan diwajibkan seawal 5 tahun
July 31, 2025, 1:33 pm
Bayi 7 bulan ditemui maut dengan kesan lebam satu badan, polis tahan ibu bapa angkat
July 31, 2025, 12:52 pm
Trump tangguh pengumuman tarif, sah hadir Sidang ASEAN di KL
July 31, 2025, 10:58 am
Subsidi telur ayam tamat bermula esok, kerajaan perkenal telur gred khas harga berpatutan
July 31, 2025, 10:26 am
Sindiket seludup besi buruk, e-waste: SPRM geledah 28 syarikat, kerugian cukai cecah RM950 juta
July 31, 2025, 9:25 am
RUU Pendidikan (Pindaan) 2025 lulus, pendidikan menengah kini wajib
July 31, 2025, 8:23 am
Lagu tema 'Malaysia Madani Rakyat Disantuni' wajib dimainkan di semua pejabat kerajaan
July 31, 2025, 8:16 am
Anwar–Prabowo sepakat ASEAN perlu kekal bersatu hadapi cabaran geopolitik
July 31, 2025, 8:04 am
Tukar baju ketika transit elak dicekup, 9 rakyat India ditahan di KLIA
July 31, 2025, 7:24 am