Berita Berita
48 keterangan sudah diambil, kehilangan Pamela Ling masih misteri

KUALA LUMPUR 18 Julai — Polis masih giat menjalankan siasatan berhubung kes penculikan ahli perniagaan, Datin Seri Pamela Ling Yueh, walaupun sehingga kini belum ada petunjuk baharu yang dapat membantu menyelesaikan kes berkenaan.
Pemangku Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohamed Usuf Jan Mohamad berkata, usaha menyeluruh tetap diteruskan dengan menggunakan semua elemen yang ada bagi menjejaki keberadaan mangsa.
“Kami menyiasat dari semua sudut. Walaupun masih buntu, siasatan tidak akan dihentikan,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Serah Terima Tugas Jawatan Ketua Polis Kuala Lumpur, hari ini.
Menurut beliau, sebanyak 48 keterangan telah diambil daripada pelbagai individu bagi membantu siasatan setakat ini.
Pada 9 April lalu, Pamela Ling dijadualkan hadir ke ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Putrajaya bagi membantu siasatan mengikut Akta SPRM 2009 serta Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram.
Namun, beliau dilaporkan hilang semasa dalam perjalanan ke ibu pejabat SPRM, sebelum peguamnya membuat laporan polis pada hari sama.
Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan mangsa diculik oleh beberapa individu yang menaiki lima buah kenderaan.
Sehingga kini, tiada sebarang tuntutan wang tebusan dikemukakan berkaitan kehilangan ahli perniagaan itu.
Berita berkaitan
July 31, 2025, 2:33 pm
RMK13: Prasekolah akan diwajibkan seawal 5 tahun
July 31, 2025, 1:33 pm
Bayi 7 bulan ditemui maut dengan kesan lebam satu badan, polis tahan ibu bapa angkat
July 31, 2025, 12:52 pm
Trump tangguh pengumuman tarif, sah hadir Sidang ASEAN di KL
July 31, 2025, 10:58 am
Subsidi telur ayam tamat bermula esok, kerajaan perkenal telur gred khas harga berpatutan
July 31, 2025, 10:26 am
Sindiket seludup besi buruk, e-waste: SPRM geledah 28 syarikat, kerugian cukai cecah RM950 juta
July 31, 2025, 9:25 am
RUU Pendidikan (Pindaan) 2025 lulus, pendidikan menengah kini wajib
July 31, 2025, 8:23 am
Lagu tema 'Malaysia Madani Rakyat Disantuni' wajib dimainkan di semua pejabat kerajaan
July 31, 2025, 8:16 am
Anwar–Prabowo sepakat ASEAN perlu kekal bersatu hadapi cabaran geopolitik
July 31, 2025, 8:04 am
Tukar baju ketika transit elak dicekup, 9 rakyat India ditahan di KLIA
July 31, 2025, 7:24 am