Berita Berita
Himpunan Mandat Negarawan titik mula gerakan ‘Turun Anwar’ – Muhyiddin

ALOR SETAR 18 Julai – Perhimpunan Mandat Negarawan yang berlangsung di Stadium Suka Menanti di sini disifatkan sebagai permulaan kepada gerakan besar-besaran rakyat yang membawa slogan ‘Turun Anwar’ bagi mendesak perubahan kepimpinan negara.
Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, himpunan itu penting untuk meningkatkan kesedaran rakyat terhadap situasi negara yang menurutnya kini berada di ambang krisis akibat dasar dan program kerajaan yang menekan rakyat, khususnya orang Melayu.
“Masyarakat, khususnya orang Melayu, kini terancam dengan tindakan Kerajaan Perpaduan sama ada daripada segi dasar, rencana atau program yang dilaksanakan.
“Sejak awal pentadbiran lagi, tindakan mereka tidak memperlihatkan keprihatinan terhadap rakyat pasca pandemik Covid-19. Sepatutnya rakyat dibantu dengan pelbagai bentuk sokongan agar kehidupan lebih sejahtera, namun semua itu tinggal harapan,” katanya dalam ucapan pada perhimpunan itu, malam tadi.
Turut hadir ialah Tun Dr. Mahathir Mohamad; Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang; Timbalan Pengerusi Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainudin; dan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor.
Muhyiddin menegaskan bahawa kerajaan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim telah diberi peluang oleh rakyat untuk mentadbir negara, namun pelbagai dasar yang diperkenalkan dikatakan menambahkan beban rakyat.
“Perikatan Nasional (PN) telah beberapa kali membangkitkan isu kemiskinan, pengangguran dan pendapatan rakyat di Parlimen, namun semua itu tidak diendahkan oleh Perdana Menteri dan kabinetnya,” katanya.
Beliau turut mengkritik kenaikan harga minyak serta peluasan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) ke atas 6,000 kategori barangan yang disifatkan menindas rakyat demi menambah hasil negara sebanyak RM10 bilion.
“Anwar pernah berjanji menurunkan harga minyak dalam masa 24 jam selepas menjadi Perdana Menteri, namun bukan sahaja tidak ditunaikan, malah subsidi dipotong dan harga melambung naik,” ujarnya.
Tambahnya, ramai golongan Melayu dalam kategori B40 kini jatuh ke B60, manakala hutang negara meningkat lebih RM250 bilion dalam tempoh tiga tahun tanpa penyelesaian kukuh.
Muhyiddin juga membangkitkan isu pelaburan asing yang menurutnya belum menunjukkan hasil meskipun kerajaan melakukan lawatan ke lebih 30 negara, serta mempertikai integriti sistem kehakiman dan isu dakwaan gangguan seksual melibatkan Perdana Menteri.
“Jika situasi ini dibiarkan, negara akan terus rosak dan masa depan rakyat menjadi gelap. Kita perlu gerakkan perubahan segera,” tegasnya.
Beliau menegaskan PN bersedia menawarkan manifesto tuntas sekiranya berlaku pilihan raya termasuk penyelesaian ekonomi, peluang pekerjaan dan peningkatan pendapatan rakyat.
“Segala dasar Kerajaan Madani akan kita hapuskan. Kita sudah buktikan kebolehan kita ketika memimpin negara semasa pandemik Covid-19,” katanya.
Muhyiddin turut mengajak rakyat bangkit tanpa mengira kaum untuk menyertai gerakan rakyat menyelamatkan negara dan menjadikan himpunan ini sebagai permulaan kepada perjuangan yang lebih besar. - Media Telus
Berita berkaitan
July 31, 2025, 2:33 pm
RMK13: Prasekolah akan diwajibkan seawal 5 tahun
July 31, 2025, 1:33 pm
Bayi 7 bulan ditemui maut dengan kesan lebam satu badan, polis tahan ibu bapa angkat
July 31, 2025, 12:52 pm
Trump tangguh pengumuman tarif, sah hadir Sidang ASEAN di KL
July 31, 2025, 10:58 am
Subsidi telur ayam tamat bermula esok, kerajaan perkenal telur gred khas harga berpatutan
July 31, 2025, 10:26 am
Sindiket seludup besi buruk, e-waste: SPRM geledah 28 syarikat, kerugian cukai cecah RM950 juta
July 31, 2025, 9:25 am
RUU Pendidikan (Pindaan) 2025 lulus, pendidikan menengah kini wajib
July 31, 2025, 8:23 am
Lagu tema 'Malaysia Madani Rakyat Disantuni' wajib dimainkan di semua pejabat kerajaan
July 31, 2025, 8:16 am
Anwar–Prabowo sepakat ASEAN perlu kekal bersatu hadapi cabaran geopolitik
July 31, 2025, 8:04 am
Tukar baju ketika transit elak dicekup, 9 rakyat India ditahan di KLIA
July 31, 2025, 7:24 am