TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Keselamatan penduduk, murid sekolah terancam jika projek pelebaran Jalan Desa Pandan diteruskan - Johari 

By
|
Kongsi
image

KUALA LUMPUR 18 Julai — Ahli Parlimen Titiwangsa, Datuk Seri Johari Abdul Ghani menegaskan projek pelebaran jalan di kawasan perumahan Desa Pandan tidak sesuai diteruskan memandangkan jalan di situ tidak direka untuk menampung pergerakan kenderaan berat seperti lori besar dan treler.

Beliau berkata, projek tersebut bakal menjejaskan keselamatan penduduk, khususnya pelajar Sekolah Kebangsaan Desa Pandan, Sekolah KAFA serta peniaga kecil di kawasan terbabit.

“Jalan di Desa Pandan ini adalah kawasan kediaman. Pelebaran jalan hanya akan meningkatkan risiko kemalangan kepada penduduk termasuk kanak-kanak yang bersekolah di sekitar kawasan tersebut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Johari turut menyuarakan bantahan terhadap tindakan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) merobohkan sembilan gerai penjaja di kawasan itu bagi memberi laluan kepada projek berkenaan.

Menurut beliau, peniaga di situ telah menjalankan perniagaan secara sah selama bertahun-tahun dan keputusan itu menjejaskan sumber pendapatan mereka.

“Saya telah berbincang dengan pihak DBKL dan menyuarakan kebimbangan penduduk. Namun, tiada maklum balas rasmi diberikan kepada saya sebagai wakil rakyat,” katanya.

Beliau turut mempersoalkan tindakan DBKL yang melantik kontraktor tanpa sebarang sesi libat urus susulan bersama beliau, penduduk mahupun peniaga.

“Tindakan ini tidak adil. Peniaga-peniaga kecil yang telah berniaga hampir 10 hingga 15 tahun, memiliki lesen sah, kini hilang mata pencarian tanpa notis munasabah, tanpa tapak gantian mahupun pampasan,” ujarnya.

+ - reset