Berita Berita
RM50 pun sanggup ambil, 14 penjawat awam di Kelantan antara 25 individu ditahan terlibat rasuah - SPRM

KOTA BHARU 18 Julai — Seramai 14 penjawat awam termasuk dalam 25 individu yang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kelantan dalam tempoh 18 bulan lalu atas kesalahan menerima rasuah.
Pengarah SPRM Kelantan, Azmin Yusuff berkata, tangkapan dibuat di pelbagai daerah di seluruh negeri itu melibatkan 14 penjawat awam dan 11 orang awam.
“Daripada jumlah keseluruhan, 17 individu ditahan sepanjang tahun lalu, manakala lapan lagi ditahan dalam enam bulan pertama tahun ini,” katanya.
Beliau memaklumkan nilai rasuah tertinggi yang direkodkan pada tahun lalu adalah sebanyak RM380,000 manakala bagi tahun ini, nilai tertinggi setakat ini ialah RM100,000. Jumlah rasuah terendah pula dicatatkan pada RM50 tahun lalu, manakala RM100 bagi tempoh setakat pertengahan tahun ini.
Tambah Azmin, sepanjang tahun 2024, sebanyak 29 kertas siasatan dibuka dan 15 individu telah didakwa di mahkamah. Bagi enam bulan pertama tahun ini, 10 kertas siasatan dibuka dengan tiga orang telah didakwa.
Menurut beliau, SPRM Kelantan akan terus memperkukuh kempen pendidikan dan kesedaran antirasuah untuk memastikan budaya integriti terus diperkasakan.
“Penguatkuasaan sahaja tidak mencukupi. Kesedaran masyarakat dan budaya menolak rasuah adalah kunci utama untuk membanteras gejala ini secara menyeluruh,” katanya.
Berita berkaitan
July 31, 2025, 2:33 pm
RMK13: Prasekolah akan diwajibkan seawal 5 tahun
July 31, 2025, 1:33 pm
Bayi 7 bulan ditemui maut dengan kesan lebam satu badan, polis tahan ibu bapa angkat
July 31, 2025, 12:52 pm
Trump tangguh pengumuman tarif, sah hadir Sidang ASEAN di KL
July 31, 2025, 10:58 am
Subsidi telur ayam tamat bermula esok, kerajaan perkenal telur gred khas harga berpatutan
July 31, 2025, 10:26 am
Sindiket seludup besi buruk, e-waste: SPRM geledah 28 syarikat, kerugian cukai cecah RM950 juta
July 31, 2025, 9:25 am
RUU Pendidikan (Pindaan) 2025 lulus, pendidikan menengah kini wajib
July 31, 2025, 8:23 am
Lagu tema 'Malaysia Madani Rakyat Disantuni' wajib dimainkan di semua pejabat kerajaan
July 31, 2025, 8:16 am
Anwar–Prabowo sepakat ASEAN perlu kekal bersatu hadapi cabaran geopolitik
July 31, 2025, 8:04 am
Tukar baju ketika transit elak dicekup, 9 rakyat India ditahan di KLIA
July 31, 2025, 7:24 am