Berita Berita
PM sedia bincang isu Titah Adendum, tapi tidak akan dahului mahkamah

PUTRAJAYA 18 Julai – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan kesediaan untuk berbincang dengan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi serta kepimpinan parti itu berhubung Titah Adendum yang membabitkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Namun begitu, beliau menegaskan bahawa tidak boleh mendahului keputusan mahkamah dalam perkara tersebut.
"Semalam dalam pertemuan Ketua UMNO Bahagian, mereka menggesa supaya pelaksanaan Titah Adendum dipercepatkan. Saya hendak tekankan bahawa perkara ini telah dirujuk kepada mahkamah dan saya tidak boleh mendahului proses itu," katanya.
Menurut Anwar, beliau telah memaklumkan kepada Presiden, Timbalan Presiden dan pemimpin-pemimpin UMNO bahawa beliau bersedia untuk mengadakan perbincangan serta memberikan penjelasan jika diperlukan.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menunaikan solat Jumaat di Surau Al-Istiqlal, Presint 14, di sini.
Dalam pertemuan tertutup yang diadakan di sebuah hotel di ibu negara, seramai 160 Ketua UMNO Bahagian dilaporkan sebulat suara mendesak agar Titah Adendum oleh Yang di-Pertuan Agong ke-16 bertarikh 4 Januari lalu dilaksanakan, bagi membolehkan Najib menjalani baki hukuman penjara secara tahanan di rumah.
Ketua UMNO Bahagian Wangsa Maju, Datuk Seri Dr Mohd Shafie Abdullah yang mewakili kumpulan tersebut turut menggesa agar Peguam Negara menarik balik permohonan rayuan ke Mahkamah Persekutuan terhadap keputusan Mahkamah Rayuan bertarikh 6 Januari 2025.
Najib sebelum ini dijatuhi hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta oleh Mahkamah Tinggi pada 28 Julai 2020 selepas didapati bersalah atas tujuh pertuduhan berkaitan skandal penyelewengan dana SRC International.
Beliau mula menjalani hukuman di Penjara Kajang pada 23 Ogos 2022. Namun, selepas mendapat perkenan Lembaga Pengampunan Diraja pada 2 Februari 2024, tempoh hukuman dikurangkan kepada enam tahun dan denda dikurangkan kepada RM50 juta. – Media Telus.
Berita berkaitan
July 31, 2025, 2:33 pm
RMK13: Prasekolah akan diwajibkan seawal 5 tahun
July 31, 2025, 1:33 pm
Bayi 7 bulan ditemui maut dengan kesan lebam satu badan, polis tahan ibu bapa angkat
July 31, 2025, 12:52 pm
Trump tangguh pengumuman tarif, sah hadir Sidang ASEAN di KL
July 31, 2025, 10:58 am
Subsidi telur ayam tamat bermula esok, kerajaan perkenal telur gred khas harga berpatutan
July 31, 2025, 10:26 am
Sindiket seludup besi buruk, e-waste: SPRM geledah 28 syarikat, kerugian cukai cecah RM950 juta
July 31, 2025, 9:25 am
RUU Pendidikan (Pindaan) 2025 lulus, pendidikan menengah kini wajib
July 31, 2025, 8:23 am
Lagu tema 'Malaysia Madani Rakyat Disantuni' wajib dimainkan di semua pejabat kerajaan
July 31, 2025, 8:16 am
Anwar–Prabowo sepakat ASEAN perlu kekal bersatu hadapi cabaran geopolitik
July 31, 2025, 8:04 am
Tukar baju ketika transit elak dicekup, 9 rakyat India ditahan di KLIA
July 31, 2025, 7:24 am