Berita Berita
Puad syor Ketua Hakim Negara tidak dilantik pengerusi JAC

SHAH ALAM 21 Julai – Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr. Mohd Puad Zarkashi mencadangkan agar Ketua Hakim Negara tidak dilantik sebagai Pengerusi Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman (JAC) sekiranya benar-benar mahu memastikan proses pelantikan hakim berlangsung secara bebas.
Menurut beliau, langkah tersebut penting bagi mengelakkan sebarang kemungkinan Ketua Hakim Negara mencadangkan calon dalam kalangan kroni sendiri.
“Cadangan ini adalah langkah paling berkesan untuk memastikan pelantikan hakim dilakukan secara adil dan bebas daripada pengaruh,” katanya dalam satu hantaran di Facebook pada Isnin.
Mohd Puad turut menegaskan bahawa pelantikan Ketua Hakim Negara lazimnya melibatkan pengesyoran daripada Perdana Menteri dan kemudiannya diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong (YDPA) selepas rundingan dengan Majlis Raja-Raja Melayu.
“Cuba nyatakan negara mana Presiden atau Perdana Menteri tidak terlibat mencadangkan nama calon Ketua Hakim Negara. Singapura pun terlibat,” ujarnya.
Terdahulu, teka-teki mengenai pengganti Ketua Hakim Negara terjawab apabila Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh diumumkan sebagai Ketua Hakim Negara Mahkamah Persekutuan yang baharu, menggantikan Tun Tengku Maimun Tuan Mat yang telah bersara wajib.
Pelantikan beliau diperkenankan oleh Sultan Ibrahim, Yang di-Pertuan Agong, selepas mendapat nasihat Perdana Menteri dan rundingan bersama Majlis Raja-Raja, menurut kenyataan rasmi Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan pada Khamis. – Media Telus
Berita berkaitan
July 21, 2025, 1:02 pm
Kerajaan pertimbang wajibkan rakyat daftar MyDigital ID - Dr Zaliha
July 21, 2025, 12:15 pm
Kes Zayn Rayyan: Zaim dibebaskan, Ismanira diperintah bela diri
July 21, 2025, 12:14 pm
24 penghuni termasuk 4 ustaz Maahad Tahfiz Husnul Khotimah terselamat dalam kebakaran asrama
July 21, 2025, 12:02 pm
Lelaki ditemukan rentung dalam kebakaran rumah di Flat Hang Tuah
July 21, 2025, 11:58 am
Warga emas rugi RM158,000 diperdaya sindiket waran tangkap palsu
July 21, 2025, 11:56 am
Penghargaan luar biasa kepada rakyat akan diumum esok atau Rabu - Anwar
July 21, 2025, 11:53 am
Mohamad Hasan nafi lawatan Anwar ke Perancis dan Itali tiada makna
July 21, 2025, 11:37 am
Mahkamah Rayuan benarkan Anwar tangguh prosiding saman Yusoff Rawther
July 21, 2025, 11:25 am