Berita Berita
Mahkamah Rayuan benarkan Anwar tangguh prosiding saman Yusoff Rawther

PUTRAJAYA 21 Julai – Mahkamah Rayuan hari ini membenarkan permohonan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menangguhkan prosiding kes saman yang dikemukakan oleh bekas pembantu penyelidik beliau, Muhammed Yusoff Rawther.
Kes saman yang berkaitan dengan satu insiden didakwa berlaku sebelum Anwar menjadi Perdana Menteri itu sepatutnya didengar di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bermula 16 Jun lalu. Bagaimanapun, mahkamah telah memberikan penangguhan interim sebelum ini.
Panel tiga hakim Mahkamah Rayuan hari ini memerintahkan supaya semua prosiding termasuk perbicaraan di Mahkamah Tinggi ditangguhkan sehingga Mahkamah Persekutuan memutuskan rayuan Anwar berhubung lapan persoalan undang-undang. Antara persoalan utama yang dikemukakan ialah sama ada Perdana Menteri mempunyai imuniti daripada tindakan saman sivil.
Keputusan itu dibacakan oleh Hakim Datuk Che Mohd Ruzima Ghazali yang mewakili keputusan sebulat suara panel hakim.
“Mahkamah berpendapat wujud keadaan istimewa yang membolehkan penangguhan diberikan. Jika rayuan untuk merujuk persoalan undang-undang ini tidak dibenarkan, maka rayuan itu sendiri akan menjadi tidak bermakna,” katanya.
Beliau turut menegaskan bahawa penangguhan ini tidak menyebabkan sebarang prejudis terhadap mana-mana pihak yang terlibat.
Dua lagi hakim yang turut bersidang ialah Datuk Wong Kian Kheong dan Datuk Lim Hock Leng.
Mahkamah kemudiannya menetapkan 2 September depan untuk pengurusan kes selanjutnya. – Media Telus
Berita berkaitan
July 21, 2025, 1:02 pm
Kerajaan pertimbang wajibkan rakyat daftar MyDigital ID - Dr Zaliha
July 21, 2025, 12:15 pm
Kes Zayn Rayyan: Zaim dibebaskan, Ismanira diperintah bela diri
July 21, 2025, 12:14 pm
24 penghuni termasuk 4 ustaz Maahad Tahfiz Husnul Khotimah terselamat dalam kebakaran asrama
July 21, 2025, 12:02 pm
Lelaki ditemukan rentung dalam kebakaran rumah di Flat Hang Tuah
July 21, 2025, 11:58 am
Warga emas rugi RM158,000 diperdaya sindiket waran tangkap palsu
July 21, 2025, 11:56 am
Penghargaan luar biasa kepada rakyat akan diumum esok atau Rabu - Anwar
July 21, 2025, 11:53 am
Mohamad Hasan nafi lawatan Anwar ke Perancis dan Itali tiada makna
July 21, 2025, 11:31 am
Puad syor Ketua Hakim Negara tidak dilantik pengerusi JAC
July 21, 2025, 11:25 am