TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Lelaki ditemukan rentung dalam kebakaran rumah di Flat Hang Tuah

By
|
Kongsi
image

KUALA LUMPUR 21 Julai – Seorang lelaki ditemukan rentung dalam sebuah rumah yang terbakar di Flat Hang Tuah, awal pagi tadi.

Mangsa yang dianggarkan berusia dalam lingkungan 50-an itu ditemukan dalam bilik air rumah berkenaan yang terletak di tingkat 10 bangunan tersebut.

Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada jam 2.54 pagi sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Hang Tuah digerakkan ke lokasi.

Menurut kenyataan PGO, Komander Operasi Kanan, Mohamad Riduan Akhyar memaklumkan bahawa setibanya pasukan di lokasi, kebakaran melibatkan sebuah unit kediaman di tingkat 10 yang telah musnah sepenuhnya.

“Kebakaran berjaya dikawal pada jam 3.10 pagi dan pemeriksaan lanjut menemukan seorang lelaki dalam keadaan rentung di bilik air rumah tersebut.

“Mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Operasi pemadaman melibatkan 14 anggota bersama satu jentera Fire Rescue Tender (FRT), satu Water Tanker (WT) dan tiga unit Rapid Intervention Motorcycle (RIM), dan tamat sepenuhnya pada jam 5.35 pagi.

Punca kebakaran masih dalam siasatan. – Media Telus

+ - reset