Berita Berita
Mohamad Hasan nafi lawatan Anwar ke Perancis dan Itali tiada makna

KUALA LUMPUR 21 Julai – Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan menafikan dakwaan bahawa lawatan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Perancis dan Itali baru-baru ini tidak memberi sebarang makna kepada negara.
Sebaliknya, beliau menjelaskan bahawa lawatan tersebut telah digunakan sebaiknya untuk mengadakan pertemuan empat mata dan membincangkan pelbagai perkara penting bersama pemimpin kedua-dua negara, termasuk Presiden Perancis, Emmanuel Macron.
Menurut Mohamad, ketibaan Anwar di Perancis yang tidak disambut sendiri oleh Macron bukanlah isu besar kerana lawatan tersebut tidak bersifat rasmi sepenuhnya oleh delegasi kerajaan.
“Lawatan itu adalah singgahan dalam perjalanan Perdana Menteri ke Rio de Janeiro, Brazil untuk menghadiri persidangan BRICS. Oleh kerana ada jemputan yang telah lama diterima daripada kedua-dua negara, Wisma Putra mengambil peluang untuk mengatur lawatan tersebut.
“Ia bukanlah lawatan rasmi sepenuhnya. Jika lawatan rasmi, maka atur cara dan protokolnya akan berbeza,” katanya semasa sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini.
Beliau menjawab soalan tambahan daripada Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal (PN–Machang) yang mempersoalkan mengapa Anwar tidak disambut oleh Macron serta kekurangan liputan media antarabangsa berkenaan lawatan tersebut.
Tambah Mohamad, walaupun tidak rasmi, Anwar tetap diberikan sambutan rasmi sebagai ketua kerajaan, termasuk memeriksa barisan kehormatan ketika tiba di Perancis.
Sebelum ini, dilaporkan bahawa lawatan Anwar ke Itali, Perancis dan Brazil bermula pada 1 Julai dan berakhir pada 7 Julai telah berjaya membuka ruang pelaburan baharu. Di Itali, nilai potensi pelaburan melebihi RM8 bilion, manakala di Perancis anggaran pelaburan mencecah RM4 bilion.
Di Brazil pula, Anwar menyifatkan penyertaannya dalam Sidang Kemuncak Pemimpin BRICS ke-17 sebagai satu kejayaan penting dalam memperkukuh hubungan dua hala serta memperluas jaringan kerjasama strategik Malaysia di peringkat global. – Media Telus
Berita berkaitan
July 21, 2025, 1:02 pm
Kerajaan pertimbang wajibkan rakyat daftar MyDigital ID - Dr Zaliha
July 21, 2025, 12:15 pm
Kes Zayn Rayyan: Zaim dibebaskan, Ismanira diperintah bela diri
July 21, 2025, 12:14 pm
24 penghuni termasuk 4 ustaz Maahad Tahfiz Husnul Khotimah terselamat dalam kebakaran asrama
July 21, 2025, 12:02 pm
Lelaki ditemukan rentung dalam kebakaran rumah di Flat Hang Tuah
July 21, 2025, 11:58 am
Warga emas rugi RM158,000 diperdaya sindiket waran tangkap palsu
July 21, 2025, 11:56 am
Penghargaan luar biasa kepada rakyat akan diumum esok atau Rabu - Anwar
July 21, 2025, 11:37 am
Mahkamah Rayuan benarkan Anwar tangguh prosiding saman Yusoff Rawther
July 21, 2025, 11:31 am
Puad syor Ketua Hakim Negara tidak dilantik pengerusi JAC
July 21, 2025, 11:25 am