Berita Berita
24 penghuni termasuk 4 ustaz Maahad Tahfiz Husnul Khotimah terselamat dalam kebakaran asrama

KUCHING 21 Julai - Seramai 24 penghuni Maahad Tahfiz Husnul Khotimah di Jalan Semerah Padi di sini terselamat selepas bangunan dua tingkat sekolah itu terbakar petang tadi.
Kebakaran dilaporkan berlaku sekitar jam 5.47 petang dan dipercayai berpunca daripada litar pintas.
Komander Operasi, Penguasa Bomba Kanan Mohd Nizam Bujang berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 5.47 petang sebelum menggerakkan jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Petra Jaya ke lokasi kejadian.
"Kesemua 24 penghuni termasuk 20 pelajar berusia antara 10 hingga 16 tahun dan empat ustaz berjaya menyelamatkan diri tanpa mengalami sebarang kecederaan.
"Ketika kejadian, semua mereka berada di dewan makan di tingkat bawah pusat tahfiz tersebut," katanya.
Menurutnya, kejadian mula disedari seorang pelajar yang terdengar letupan ketika naik ke tingkat atas asrama dan ternampak percikan api pada sistem pendawaian.
Pelajar itu segera memaklumkan kepada guru, sebelum semua penghuni diarah keluar untuk menyelamatkan diri.
Api berjaya dikawal sepenuhnya pada jam 6.46 petang dengan bantuan anggota bomba dari BBP Padungan.
Punca sebenar kebakaran masih dalam siasatan.
Berita berkaitan
July 21, 2025, 1:02 pm
Kerajaan pertimbang wajibkan rakyat daftar MyDigital ID - Dr Zaliha
July 21, 2025, 12:15 pm
Kes Zayn Rayyan: Zaim dibebaskan, Ismanira diperintah bela diri
July 21, 2025, 12:02 pm
Lelaki ditemukan rentung dalam kebakaran rumah di Flat Hang Tuah
July 21, 2025, 11:58 am
Warga emas rugi RM158,000 diperdaya sindiket waran tangkap palsu
July 21, 2025, 11:56 am
Penghargaan luar biasa kepada rakyat akan diumum esok atau Rabu - Anwar
July 21, 2025, 11:53 am
Mohamad Hasan nafi lawatan Anwar ke Perancis dan Itali tiada makna
July 21, 2025, 11:37 am
Mahkamah Rayuan benarkan Anwar tangguh prosiding saman Yusoff Rawther
July 21, 2025, 11:31 am
Puad syor Ketua Hakim Negara tidak dilantik pengerusi JAC
July 21, 2025, 11:25 am