TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Penghargaan luar biasa kepada rakyat akan diumum esok atau Rabu - Anwar

By
|
Kongsi
image

 

PUTRAJAYA 21 Julai – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan satu bentuk penghargaan luar biasa kepada rakyat akan diumumkan esok atau selewat-lewatnya Rabu ini.

Beliau berkata, pengumuman itu memerlukan sedikit masa untuk diperhalusi susulan pemukiman Kerajaan Perpaduan yang berlangsung di Port Dickson, Negeri Sembilan, semalam.

“Keresahan ini memerlukan saya pertimbangkan perubahan dan pengumuman yang perlu dibuat bagi meredakan tuntutan mereka.

“Saya sudah nyatakan dalam sehari dua ini, saya perlu buat pengumuman sama ada dalam bentuk langkah tambahan atau sebagainya, tetapi ia perlukan sedikit masa untuk diteliti dengan sebaiknya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perhimpunan Bulanan Jabatan Perdana Menteri (JPM) di sini, hari ini.

+ - reset